fbpx
More

    Telefon Apple dan Samsung mengalami pengurangan nilai yang paling sedikit

    Menurut sebuah laporan daripada penjual peranti elektronik terpakai di United Kingdom (UK), musicMagpie, telefon Apple mempunyai penurunan nilai yang paling sedikit berbanding telefon jenama lain. Ia diikuti oleh Samsung sebagai telefon Android yang mengalami pengurangan nilai terendah.

    Laporan tersebut mengatakan Apple mengalami penurunan nilai sebanyak 41% dalam tempoh 12 bulan dan 60% dalam tempoh 24 bulan. Untuk Samsung pula, penurunan nilainya adalah sebanyak 64% dalam tempoh 12 bulan dan 77% dalam tempoh 24 bulan.

    Jenama telefon lain yang disenaraikan dalam laporan itu adalah OnePlus di tempat ketiga, diikuti dengan Google dan HUAWEI yang mengalami penurunan nilai terburuk, iaitu sehingga 87% dalam tempoh dua tahun. Ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan Google Mobile Services (GMS) di dalamnya dan mengurangkan daya tarikannya untuk pengguna di UK.

    Jika dilihat pada model telefon spesifik pula, iPhone 11 mengalami penurunan nilai yang paling sedikit, dengan kadar 33% sahaja dalam masa setahun. Telefon yang mengalami penurunan nilai paling teruk adalah HUAWEI Mate30 Pro yang turun sebanyak 87%.

    Laporan itu turut menunjukkan penurunan nilai iPhone 12 selepas iPhone 13 dilancar pada September lalu, iaitu sebanyak 10% dalam tempoh sebulan. Penurunan tersebut dijangka akan meningkat kepada 23% dalam tempoh tiga bulan selepas pelancaran iPhone 13.

    Adakah anda bersetuju dengan laporan ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Music Magpie

     

    Artikel Terkini

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Google Wallet bolehkan anda tambah dokumen dan tiket daripada pustaka foto

    Dompet mudah alih telah menjadi asas kemudahan moden, membolehkan pengguna menyimpan bukan sahaja kad kredit mereka tetapi juga kad insurans kereta, tiket...

    Zahid Hamidi ingin kerajaan beri tablet kepada setiap pelajar

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah tablet supaya mereka...

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X