fbpx
More

    Rupa dan spesifikasi vivo V23e tertiris, mungkin dilengkapi 3 kamera dan cas pantas 44W

    vivo dikhabarkan bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan seterusnya, vivo V23e, dalam masa terdekat. Dalam pada itu, seorang YouTuber di Vietnam telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan keseluruhan rupa bentuk vivo V23e namun video itu telah dipadamkan tidak lama selepas ia dimuat naik.

    Video tersebut menunjukkan rupa vivo V23e yang berwarna biru serta bonggol kamera berbentuk petak di bahagian belakang. Kameranya terdiri daripada tiga lensa iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan sebuah lagi kamera 2MP yang belum diketahui fungsinya, manakala kamera hadapan pula adalah kamera swafoto 50MP.

    Baterinya dikhabarkan mempunyai kapasiti 4,030mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W. Selain itu, ia turut dilengkapi pengimbas cap jari bawah skrin, menyokong teknologi pengimbasan muka dan dilengkapi perisian Funtouch OS 12 berdasarkan Android 11. Tidak seperti kebanyakan telefon kelas pertengahan, ia tidak dilengkapi bicu audio 3.5mm.

    vivo V23e mungkin akan dijual pada harga bermula VND10 juta (~RM1,810) di Vietnam, namun setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentangnya. Ia mungkin bakal dilancar sebagai penyambung kepada vivo V21e yang dilancar pada pertengahan tahun ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V23e dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Google Wallet bolehkan anda tambah dokumen dan tiket daripada pustaka foto

    Dompet mudah alih telah menjadi asas kemudahan moden, membolehkan pengguna menyimpan bukan sahaja kad kredit mereka tetapi juga kad insurans kereta, tiket...

    Zahid Hamidi ingin kerajaan beri tablet kepada setiap pelajar

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah tablet supaya mereka...

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X