fbpx
More

    HUAWEI nova 9 dan HUAWEI WATCH 3 bakal dilancar di Malaysia pada 8 November ini

    HUAWEI Malaysia secara rasminya membawakan entri baharu barisan nova iaitu HUAWEI nova 9 pada 8 November ini bersama siri HUAWEI WATCH 3. Anda boleh memindahkan data navigasi daripada HUAWEI nova 9 anda terus ke jam tangan pintar yang memberi pengalaman hiburan dan fotografi ke tahap yang lebih tinggi.

    Sistem kamera Ultra-Vision 50MP yang ada pada HUAWEI nova 9 membolehkan pengguna menangkap gambar setanding dengan kamera pro gred dalam semua senario seperti merakam foto malam, panorama, potret atau jarak dekat.

    Ia mempunyai sensor 1/1.56-inci yang besar dengan susunan penapis warna RYYB untuk pengambilan cahaya 40% lebih banyak. Enjin XD Fusion memastikan kejelasan sepenuhnya pada setiap foto yang diambil dengan HUAWEI nova 9. Ia. turut menyokong prestasi cahaya rendah yang luar biasa dan kejelasan pada pengimejan tahap piksel.

    Badannya ringan 7.77mm Ultra-nipis dan 175g hadir dengan proses Starry Flash AG Glass baharu dan Cincin Orbit Bintang yang diilhamkan oleh bintang pada kamera belakangnya. Ia menampilkan paparan warna asal 6.57-inci 1.07 bilion yang menyokong kadar penyegaran semula 120Hz maksimum dan kadar pensampelan sentuhan sehingga 300Hz untuk keseimbangan yang baik antara visual lancar dan hayat bateri dalam tindak balas yang pantas.

    Menampilkan bateri 4300mAH dan HUAWEI SuperCharge 66W, pengguna dapat tontonan filem, mendengar muzik atau bermain permainan dalam jangka masa yang lama. Ia turut dilengkapi dengan sistem penyejukan VC Liquid Cooling dan Graphene untuk mengurangkan haba dan penyejukan pantas semasa penggunaan peranti yang lama.

    Terdapat berita gembira di mana HUAWEI telah bekerjasama dengan JOOX untuk memulakan Peraduan HUAWEI X JOOX Stream and Win bermula dari sekarang hingga 4 November 2021 untuk memenangi HUAWEI FreeBuds 4 bernilai RM599. Anda perlu menstrim “HUAWEI nova 9 song” dalam senarai main HUAWEI Branded selama 9 jam sepanjang tempoh peraduan.  Satu pemenang akan dipilih dan akan diumumkan melalui mesej dalam aplikasi JOOX. 

    HUAWEI juga mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk merakam detik terbaik dalam hidup menggunakan telefon pintar HUAWEI mereka dan menyertai Peraduan Anugerah HUAWEI Community NEXT-IMAGE Malaysia. Peraduan ini mempunyai 10 kategori yang menggalakkan pencipta kandungan peranti HUAWEI untuk menunjukkan kemahiran fotografi dan kreativiti mereka.

    Peraduan Anugerah HUAWEI COMMUNITY NEXT-IMAGE Malaysia

     3 Hadiah Utama HUAWEI nova 9
    HUAWEI FreeBuds 4
    HUAWEI WATCH Fit
    Best Image Taken on nova Series
    Tawaran kategori istimewa oleh
    HUAWEI Malaysia Community Next-IMAGE Awards 2021,
    hanya untuk pengguna Siri nova.
    HUAWEI nova 9
    HUAWEI FreeBuds 4

    Anda boleh ke HUAWEI Malaysia Facebook Page dan laman web rasmi HUAWEI untuk dapatkan maklumat lebih terperinci. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Google Wallet bolehkan anda tambah dokumen dan tiket daripada pustaka foto

    Dompet mudah alih telah menjadi asas kemudahan moden, membolehkan pengguna menyimpan bukan sahaja kad kredit mereka tetapi juga kad insurans kereta, tiket...

    Zahid Hamidi ingin kerajaan beri tablet kepada setiap pelajar

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah tablet supaya mereka...

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X