More

    vivo V23e muncul di GeekBench, dilengkapi Helio A22 dan RAM 8GB

    Kebelakangan ini, telefon pintar vivo yang akan datang dalam siri-V telah menjadi tumpuan di internet. Model yang dikenali sebagai vivo V23e kini telah muncul pada panyenaraian penanda aras di GeekBench.

    Sejak Julai lalu,  vivo V23e pertama kalinya mucul menggunakan nombor model V2116 pada pangkalan data IMEI. V2116 juga muncul di Bluetooth SIG pada bulan September. Bukan itu sahaja, beberapa hari yang lalu terdapat sebuah video yang menunjukkan model itu buat julung kalinya.

    Dalam penyenaraian GeekBench, peranti ini disenaraikan dengan cipset MediaTek Helio A22 yang dipadankan dengan RAM 8GB. Ia akan beroperasi pada Android 11 yang berkemungkinan akan mempunyai paparan antara muka Funtouch OS 12.

    Peranti itu mendapat jumlah skor sebanyak 473 mata pada ujian teras tunggal dan 1,668 mata pada ujian berbilang teras. Spesifikasi dan skor yang terdapat dalam penyenaraian Geekbench tidak sepadan. Maka, ini menimbulkan sedikit keraguan.

    Video yang tertiris sebelum ini menunjukkan peranti itu akan memuatkan tiga kamera dengan kamera utama 64MP di belakang manakala kamera swafotonya mempunyai resolusi 50MP. Peranti ini juga akan dikuasakan oleh bateri 4,030 mAh dengan pengecasan 44W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured