More

    Butiran reka bentuk Samsung Galaxy S22 didedah, miliki paparan lebih terang

    Pendedahan peranti tanpa kebenaran adalah sesuatu yang masih kekal sehingga kini. Tidak dikecualikan syarikat teknologi seperti Samsung dan Apple yang juga pernah menghadapi isu seperti ini walaupun pelbagai langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil. Kini, seorang bekas pekerja Samsung telah mendedahkan reka bentuk telefon pintar Galaxy S22 dan S22 Plus yang belum dilancarkan diikuti dengan Galaxy S22 Ultra.

    Laporan yang diberi oleh bekas pekerja Samsung dengan nama Super Roader, Galaxy S22 dan S22 Plus mempunyai beberapa perbezaan reka bentuk utama jika dibandingkan dengan Galaxy S22 Ultra. Menurut Snoreyn, bentuk kameranya seperti jatuh (drop-like) berbanding Galaxy S22 Ultra. Ia kelihatan lebih pendek dan lebar berbanding peranti sebelum ini. Galaxy S22 dan S22 Plus akan mengekalkan paparan FHD dengan penyegaran semula 120Hz.

    Jika semua pendedahan diambil kira, maka Galaxy S22 dan S22 Plus akan memaparkan skrin yang lebih terang,rata dan mempunyai lengkungan sedikit di bahagian tepi dikekalkan seperti model sebelumnya. Pendedahan ini memberi  harapan yang tinggi untuk pelancarannya pada awal tahun 2022. 

    Kami masih menunggu berita daripada Samsung berkaitan dengan barisan Galaxy S22. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...