fbpx
More

    Imej janaan pertama jam tangan pintar Meta tertiris, mungkin berharga ~RM1,660

    Hanya beberapa jam selepas acara memperkenalkan nama baharu syarikat, Bloomberg berkongsi imej janaan jam tangan pintar Facebook. Pembangun aplikasi, Steve Moser menemui imej produk tersebut dalam aplikasi Facebook View.

    Seperti yang terdapat dalam imej tersebut, jam tangan pintar Meta yang menggunakan kod ‘Milan’ mempunyai skrin melengkung dan sarung. Ia juga mempunyai kamera menghadap hadapan di takuk di bahagian bawah paparan.

    Seperti yang dinyatakan oleh Bloomberg, peranti ini mempunyai banyak persamaan dengan Apple Watch. Hal ini kerana ‘Milan’ mempunyai paparan yang besar dengan bezel yang agak kecil. Kameranya mungkin akan digunakan untuk panggilan video yang merupakan pembaharuan yang tidak disediakan oleh Apple Watch.

    Malah, tiada satu pun jam tangan pintar buat masa kini yang mempunyai kamera. Selain itu, jam tangan Meta akan mempunyai tali jam dan butang yang boleh ditanggalkan di bahagian atas dan kanan sarung.

    Salah satu sumber telah berkongsi imej Milan di Twitter awal pagi Jumaat lalu. Dia mencadangkan bahawa jam pintar itu boleh menjadi “peranti input utama” untuk set kepala VR pada masa hadapan:

    Sumber yang sudah biasa dengan rancangan Meta memberitahu Bloomberg bahawa syarikat itu telah merancang untuk melancarkan jam tangan pintar menjelang awal 2022. Sumber itu juga mendakwa bahawa Meta sudah mengusahakan tiga generasi jam tangan yang berbeza.

    Produk dalam imej yang tertiris itu boleh menjadi jam tangan pintar generasi pertama atau juga mungkin prototaip. Meta masih belum mengumumkan jam tangan pintar tersebut pada umum. Tambahan, terdapat maklumat bahawa jam tangan Facebook yang akan datang akan menampilkan dua kamera dan monitor kadar jantung.

    Harga untuk jam tangan pintar ini mungkina $400 (~RM1,660). Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BGR

     

    Artikel Terkini

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Google Wallet bolehkan anda tambah dokumen dan tiket daripada pustaka foto

    Dompet mudah alih telah menjadi asas kemudahan moden, membolehkan pengguna menyimpan bukan sahaja kad kredit mereka tetapi juga kad insurans kereta, tiket...

    Zahid Hamidi ingin kerajaan beri tablet kepada setiap pelajar

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah tablet supaya mereka...

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X