More

    OPPO A95 bakal dilancar di Malaysia, menampilkan reka bentuk OPPO Glow

    Penantian rakyat Malaysia bakal tamat tidak lama lagi. OPPO A95 akan tiba di pasaran Malaysia menampilkan OPPO Glow yang mempunyai reka bentuk eksklusif dan memiliki penutup belakang khas menampilkan dwi-matte dan kilat yang menarik perhatian ramai di seluruh dunia. Telefon pintar itu jelas berkilauan namun kesan cap jari tidak kelihatan dan kalis calar.

    OPPO Glow diinovasikan daripada proses Reno Glow dengan sekeping kaca kristal yang diukir dalam persekitaran vakum 99.9%. Semasa proses ini, berjuta-juta berlian seperti bintang bercahaya skala nano akan kelihatan rupa galaksi. Permukaannya licin dan tidak meninggalkan sebarang cap jari atau kekotoran untuk kegunaan harian.

    OPPO A95 hadir dengan dua warna iaitu Glowing Starry Black dan Glowing Rainbow Silver. Glowing Starry Black menampakkan kilatan cahaya samar yang menyinari malam yang gelap. Glowing Rainbow Silver pula mempersembahkan pantulan multikromatik warna pelangi menawarkan pengalaman visual yang unik apabila dilihat dalam pencahayaan yang berbeza.

    Anda boleh pergi ke laman web OPPO untuk maklumat lanjut dan kemas kini telefon pintar OPPO A95. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured