More

    Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A8 disenarai dalam Geekbench, akan dilengkapi cipset Unisoc

    Pada bulan September lalu, spesifikasi untuk tablet Samsung kelas pertengahan Samsung Galaxy Tab A8 telah pun tertiris di mana ia mungkin akan dilengkapi skrin Full HD+ berukuran 10.4 inci. Kini beberapa spesifikasi untuk tablet tersebut telah disenaraikan dalam laman web penanda aras Geekbench.

    Ia terdiri daripada dua varian utama, iaitu varian Wi-Fi yang mempunyai nombor model SM-X200 dan varian LTE dengan nombor model SM-X205. Cipset yang dilengkapi dalam tablet tersebut adalah Unisoc Tiger T618 yang mempunyai dua teras Cortex-A75 2.0GHz, enam teras Cortex-A55 1.8GHz dan GPU Mali-G52.

    Geekbench menyenaraikan RAM 3GB dan sistem operasi Android 11 yang akan dilengkapi dalam Galaxy Tab A8. Setakat ini masih tiada maklumat tentang varian memori tambahan atau storan dalamannya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 91 Mobiles

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured