More

    Motorola Moto G51 5G dilancar: Telefon pertama dengan cipset Snapdragon 480+ berharga ~RM975

    Motorola telah melancarkan telefon pintar terbaru di China iaitu Moto G51 5G yang merupakan telefon pertama dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 480+. Seperti kebanyakan telefon kelas permulaan, telefon ini dilengkapi bateri dan skrin yang besar.

    Moto G51 dilengkapi skrin LCD berukuran 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 240Hz dan lubang punch hole untuk kamera swafoto di bahagian tengah. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan 10W sahaja.

    Untuk kamera, ia dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP. Satu perkara yang menarik tentang telefon ini adalah ia mempunyai pembesar suara stereo Dolby Atmos, sesuatu yang biasanya tiada dalam telefon kategori ini.

    Perisiannya adalah MYUI 2.0 berdasarkan Android 11, manakala memorinya terdiri daripada storan dalaman 128GB dan RAM 8GB. Moto G51 akan dijual di China dengan harga CNY1,499 (~RM975) dan setakat ini tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Apple mula uji cip memori China untuk iPhone dan MacBook

    Apple dilaporkan sedang menguji cip memori daripada syarikat pengeluar China, ChangXin Memory Technologies (CXMT) untuk barisan produk utamanya merangkumi iPhone dan MacBook....

    ChatGPT makin seronok untuk pengguna percuma, sembang teks kini tanpa had

    OpenAI mengumumkan pemansuhan had penggunaan sembang berasaskan teks untuk pengguna ChatGPT akaun percuma dan akaun Go. Langkah ini menandakan perubahan dasar pada...

    Apple Store kedua Malaysia mungkin di Putrajaya — Ini sebabnya

    Apple dipercayai sedang bersiap sedia untuk membuka kedai rasmi keduanya di Malaysia yang dijangka berlokasi di Putrajaya. Langkah berkenaan dikesan berikutan penawaran...

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured