More

    Samsung mungkin perkenalkan cipset 5nm baharu untuk telefon pintar kelas permulaan

    Pada akhir tahun lalu, Samsung telah melancarkan cipset Exynos 1080 yang merupakan cipset 5nm pertama oleh mereka dan dilengkapi dalam pelbagai telefon pintar seperti vivo X70 dan vivo X60. Kini, Samsung dikhabarkan bakal melancarkan cipset 5nm yang baharu dan dikhaskan untuk telefon kelas permulaan.

    Berdasarkan maklumat daripada pengkahabr teknologi Ice Universe, cipset itu mungkin bernama Exynos 1280 dan akan dilancar pada 10 November 2021. Jika benar, ia bakal menjadi cipset 5nm pertama yang dikhaskan untuk telefon kelas permulaan.

    Ini adalah pembaharuan yang menarik kerana ia mampu meningkatkan prestasi untuk telefon kelas permulaan dengan sangat ketara. Untuk makluman, cipset andalan seperti Snapdragon 888 juga dibuat dengan proses 5nm, namun kelajuan terasnya adalah lebih pantas berbanding cipset kelas permulaan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured