More

    Laman web Maybank2u klasik akan dihentikan operasinya pada Januari 2022

    Hari ini, Maybank Malaysia mengumumkan bahawa laman web Maybank2u yang sedia ada ini akan dihentikan operasinya. Penghentian operasinya bermula pada Januari 2022. Tetapi jangan risau, syarikat itu berkata anda masih boleh log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan yang sama serta boleh digunakan dalam Maybank2u yang akan dikemaskini selepas penghentian operasinya.

    Daripada laman web tersebut, Maybank memberi jaminan bahawa nama pengguna, kata laluan dan maklumat akaun masih kekal sama. Ia juga tidak akan menjejaskan pengguna M2U Biz dan anda masih boleh melakukan proses perbankan seperti biasa di laman web Maybank2u. Untuk pengetahuan, berkuat kuasa pada Januari 2022, Maybank akan membuat peralihan kekal ke tapak web Maybank2u baharu dan versi sebelum ini akan dihentikan.

    Amnya, tiada apa-apa perubahan daripada segi maklumat dan keselamatan, hanya reka bentuk laman web sahaja berubah. Selain itu, anda tidak perlu membuat akaun baharu dan semua urus niaga seperti bil, penerima bayaran dan pemindahan wang ke akaun kegemaran anda akan disimpan secara automatik ke Maybank2u.

    Anda juga tidak perlu berulang kali menetapkan pembayaran dan pemindahan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured