More

    Siri HONOR 60 dapat pengiktirafan 3C: Sokong rangkaian 5G dan pengecasan pantas 66W

    HONOR mempunyai beberapa peranti yang mempunyai pensijilan 3C di China. Peranti ini diberi nombor model ELZ-AN00, ANY-AN00, TNA-AN00 dan LSA-AN00. Mereka dihasilkan oleh Guilin Shenzhen, Huizhou Guanghong, BYD Electronics dan kilang HONOR sendiri di mana kesemuanya menyokong rangkaian 5G.

    Peranti-peranti tersebut hadir dengan pengecas HW-110600C00 standard dan menyokong pengecasan pantas berwayar sehingga 66W (11V/6A). Telefon pintar ini juga serasi dengan pengecasan pantas 40W (10V4A). Terdapat laporan mengatakan bahawa peranti-peranti di atas mungkin tergolong dalam siri Honor 60.

    Menurut spekulasi, siri HONOR 60 akan merangkumi tiga model. Kami menjangkakan ianya ialah HONOR 60, HONOR 60 Pro dan HONOR 60 SE. Kini, terdapat laporan dari blogger Weibo, mendedahkan bahawa HONOR akan memperkenalkan HONOR 60 secara rasmi pada 1 Disember tahun ini. Namun, tarikh pelancarannya ini mungkin terdapat perubahan dan masih tidak dapat dipastikan setakat ini.

    Terdapat spekulasi yang mendakwa telefon pintar ini akan hadir dengan lubang tebuk pil di sudut kiri atas dan empat kamera belakang. HONOR 60 Pro pula akan dilengkapi dengan skrin melengkung lubang tebuk tengah dan lima kamera belakang. Maklumat setakat ini mendakwa HONOR 60 akan hadir dengan cip Snapdragon 870 serta bateri 4,500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

    Terdapat laporan lain mengatakan bahawa siri HONOR 60 akan hadir dengan cipset Snapdragon 898. HONOR 60 mungkin menggunakan reka bentuk yang sesuai untuk golongan muda serta menyokong ciri yang membantu permainan dalam Vlog video dan aspek lain. Namun, maklumat yang kami dapati masih belum disahkan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured