More

    OPPO Reno 7 Pro dan Pro+ didedahkan: Miliki cipset Dimensity 900 bermula ~RM1,947

    Sumber yang boleh dipercayai mendedahkan beberapa butiran lanjut tentang siri Oppo Reno 7 Pro dan Pro+. Terdapat tiga model dalam siri Oppo Reno 7 namun pelancarannya masih tidak diketahui. Pendedahan sumber turut memberitahu harga telefon pintar tersebut.

    Oppo Reno 7 akan dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 900, dilengkapi dengan kamera utama 64MP dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan 33W. Ia adalah model yang paling ringan, seberat 171g. Oppo Reno 7 Pro hanya 185g dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 778G, menggunakan bateri 4,500mAh yang menawarkan pengecasan pantas 65W dan mempunyai kamera utama 64MP.

    Seterusnya, Oppo Reno 7 Pro+ dilengkapi dengan cip MediaTek Dimensity 1200-Max, bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan 65W. Ia mempunyai kamera utama 50MP dan ia memaparkan reka bentuk yang nipis dan ringan dengan hanya 180g. Telefon ini berkemungkinan hadir dengan skrin AMOLED 1080p+ 6.5 inci dengan penyegaran semula 90Hz. 

    Kamera 50MP telefon ini menggunakan sensor Sony IMX766 diikuti dengan sensor ultra lebar 8MP. Harganya bermula daripada CNY 3,000 (~RM1,947) untuk varian RAM 8GB dan CNY 3,300 (~RM2,142) untuk RAM 12GB. Kami masih menunggu tarikh pelacarannya dan ketibaannya di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured