More

    vivo Y76s 5G dilancar: Dilengkapi Dimensity 810, kamera 50MP dan caj 44W bermula ~RM1,170

    Mei lalu, terdapat pendedahan tentang telefon pintar ini. Ia masuk dalam penyenaraian 3C yang dilengkapi pengecasan pantas 18W. Hari ini, vivo telah melancarkan telefon pintar tersebut iaitu vivo Y76s 5G.

    vivo Y76s 5G dikuasakan oleh cipset Dimensity 810, paparan antara muka OriginOS 1.0 beroperasi atas Android 11 dan mempunyai RAM 8GB dengan teknologi pengembangan RAM sehingga 4GB. Y76s 5G mempunyai dua pilihan storan dalaman 128GB atau 256GB yang boleh dikembangkan sehingga 1TB melalui kad mikroSD.

    Y76s 5G dilengkapi LCD FullHD+ 6.58 inci 60Hz dengan kadar pensampelan sentuhan 180Hz dan takuk untuk kamera swafoto 8MP. Panel belakang telefon pintar ini menampilkan dua kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera makro 2MP.

    Telefon pintar ini menyokong penstabilan video dan boleh merakam video dengan kamera depan dan belakang secara serentak. Ciri lain vivo Y76s 5G ialah pengimbas cap jari yang dipasang di sisi, sambungan 5G, sistem penyejukan cecair 5 lapisan, bicu audio 3.5mm, USB-C dan bateri 4,100 mAh dengan sokongan pengecasan 44W.

    Ianya mempunyai ketebalan 7.79mm, berat 175 gram dan hadir dalam tiga warna iaitu putih, hitam dan biru. Telefon ini tersedia dalam dua pilihan storan iaitu 128GB berharga CNY1,799 (~RM1,170) dan 256GB berharga CNY1,846 (~RM1,200). Namun, tiada maklumat mengenai ketersediaan vivo Y76s 5G di pasaran global.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured