More

    HONOR Malaysia bakal lancarkan HONOR 50 Lite pada 25 November ini

    Bulan November disambut dengan jualan 11.11 dan kini terdapat berita gembira daripada HONOR Malaysia tentang kehadiran HONOR 50 Lite bermula 25 November ini. Terdapat 3 pilihan warna iaitu deep sea blue, midnight black dan space silver.

    HONOR 50 Lite menggunakan Android 11 dengan Google Mobile Services (GMS) dan dilengkapi dengan bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Ia mengambil masa 39 minit untuk cas sepenuhnya. Ia hadir dengan storan 128GB yang menyediakan ruang simpan sehingga 11,000 lagu atau 28,000 foto atau 440+ video HD.

    Ia turut hadir dengan paparan FullView HONOR 6.67 inci dan bingkai Super Narrow 1.05mm memberikan anda pengalaman pemandangan yang mengasyikkan. Paparan Tahap-Perkakasan Penjagaan Mata dan Pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light memastikan pandangan anda selesa walaupun pada jangka lama.

    HONOR Malaysia fokus kepada pembinaan kamera quad, termasuk Kamera Quad Ultra-Clearer 64MP dan aperture F/1.9 pada kamera utama menghasilkan lebih banyak elemen fotografi premium yang jelas seperti pandangan sebenar.

    Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi HONOR Malaysia dan nantikan perkembangan HONOR 50 Lite. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured