More

    Xiaomi 12 akan dilancar selepas acara Qualcomm Tech Summit 2021

    Kita semua sedang menunggu Xiaomi 12 untuk dilancarkan menjelang akhir tahun ini dan ia bakal berlaku tidak lama lagi kerana kita sudah berada di bulan November. Kini, salah satu sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan bahawa peranti itu akan dilancarkan selepas Sidang Kemuncak Teknologi Qualcomm 2021 yang mana cipset Snapdragon 898 akan diumum dalam acara tersebut.

    Dalam erti kata lain, pelancaran siri Xiaomi 12 mungkin akan menyusul tidak lama lagi selepas pengumuman rasmi cipset Snapdragon 898/895. Untuk pengetahuan,  cipset ini akan digunakan dalam banyak model andalan generasi seterusnya dan dikatakan dihasilkan dalam saiz 4nm.

    Walaupun pemberi maklumat telah mendedahkan kemungkinan garis masa pelancaran untuk pasaran China, tetapi mereka tidak mendedahkan sebarang butiran lain yang lebih terperinci mengenai telefon pintar atau tarikh pelancarannya.

    Tambahan, ia juga tidak begitu mengejutkan kerana syarikat itu sentiasa melancarkan telefon pintar siri andalan terbaharu pada bulan Disember. Acara Qualcomm Tech Summit akan diadakan dari 30 November hingga 2 Disember.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured