More

    Majlis Agama Islam Indonesia larang penggunaan matawang kripto, terdapat unsur syubhah

    Penggunaan aset kripto sebagai mata wang adalah dilarang untuk umat Islam menurut Majlis Pemimpin Agama Indonesia. Majlis Ulama Negara atau Majelis Ulama Indonesia (MUI) menganggap mata wang kripto sebagai haram kerana ia mempunyai unsur-unsur ketidakpastian, pertaruhan dan bahaya.

    Asrorun Niam Sholeh selaku Ahli Ulama Indonesia berkata pada Khamis lalu selepas majlis itu yang diadakan bagi sesi pendengaran pakar. Tambahnya, jika mata wang kripto sebagai komoditi atau aset digital boleh mematuhi prinsip syariah dan boleh menunjukkan faedah yang jelas, maka ia boleh didagangkan.

    MUI memegang kuasa ke atas pematuhan syariah di negara yang menempatkan penduduk Islam terbesar di dunia dengan kementerian kewangan dan bank pusat berunding dengan mereka mengenai isu kewangan Islam.

    Kerajaan Indonesia sendiri telah menyokong aset kripto dan membenarkan ia didagangkan bersama komoditi sebagai pilihan pelaburan dan mendorong untuk menubuhkan pertukaran tertumpu pada mata wang kripto menjelang akhir tahun.

    Indonesia tidak membenarkan penggunaan aset kripto sebagai bentuk mata wang kerana rupiah adalah satu-satunya mata wang yang sah di negara itu. Walaupun ianya adalah keputusan daripada MUI, itu tidak bermakna semua perdagangan mata wang kripto akan dihentikan di Indonesia.

    MUI boleh menghalang umat Islam daripada melabur dalam aset tersebut dan membuat institusi tempatan serta mempertimbangkan semula penggunaan aset kripto. Bank Indonesia telah mempertimbangkan mata wang digital bank pusat namun tiada sebarang keputusan diumumkan.

    Transaksi kripto berjumlah 370 trilion rupiah ($26 bilion) dalam lima bulan pertama tahun ini di Indonesia. Ia merupakan sebahagian kecil daripada pasaran global iaitu sekitar $3 trilion. Pendirian pemimpin agama Indonesia mungkin berbeza daripada negara lain yang majoritinya orang Islam.

    "
    "

    Contohnya, Emiriah Arab Bersatu telah membenarkan perdagangan kripto di zon bebas Dubai manakala Bahrain telah menyokong aset kripto sejak 2019. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Aljazeera

     

    Artikel Terkini

    Nak beli telefon baharu? Harga mungkin naik lepas Qualcomm ubah harga cip

    Qualcomm dilapor telah menghantar surat makluman kepada para pelanggannya berhubung rancangan kenaikan harga cip pada kadar peratusan dua digit. Menurut laporan Bloomberg,...

    Facebook kini ada “Verified” percuma, boleh bezakan akaun AI dan manusia

    Meta secara rasmi memperkenalkan Facebook Verified iaitu lencana percuma baharu yang mengesahkan bahawa sesebuah profil itu dikendalikan oleh manusia sebenar. Langkah ini...

    iPad Mini akan datang dijangka jadi tablet kalis air pertama Apple

    Apple dilapor sedang membangunkan iPad mini generasi baharu yang dijangka menjadi tablet pertama mereka dengan sokongan penarafan kalis air. Menurut laporan daripada...

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured