More

    Spesifikasi dan tarikh pelancaran Redmi Note 11T 5G tertiris, mungkin sebelum 2022

    Siri telefon pintar kelas pertengahan Redmi Note 11 telah pun dilancar pada bulan lepas di China dan kini varian pertama untuk pasaran antarabangsa, Redmi Note 11T, dikhabarkan bakal dilancar sebelum tahun ini berakhir. Ini adalah bertentangan dengan ramalan awal yang menjangkakannya untuk dilancar pada suku pertama 2022.

    Sumber mengatakan Redmi Note 11T bakal dilancar untuk pasaran antarabangsa pada 30 November 2021. Daripada segi spesifikasi, ia tidak mempunyai banyak perbezaan dengan varian Redmi Note 11 yang telah dilancar untuk pasaran China pada bulan lepas.

    Redmi Note 11T 5G mungkin akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 810, skrin berukuran 6.6 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar 90Hz, bateri 5,000mAh serta pengecasan pantas 33W. Untuk kamera pula, ia terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera swafoto 16MP.

    Varian memori yang mungkin ditawarkan adalah 6GB+64GB, 6GB+128GB dan 8GB+128GB. Setakat ini masih tiada maklumat tentang harga untuk Redmi Note 11T.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 91 Mobiles

     

    Artikel Terkini

    Apple mula uji cip memori China untuk iPhone dan MacBook

    Apple dilaporkan sedang menguji cip memori daripada syarikat pengeluar China, ChangXin Memory Technologies (CXMT) untuk barisan produk utamanya merangkumi iPhone dan MacBook....

    ChatGPT makin seronok untuk pengguna percuma, sembang teks kini tanpa had

    OpenAI mengumumkan pemansuhan had penggunaan sembang berasaskan teks untuk pengguna ChatGPT akaun percuma dan akaun Go. Langkah ini menandakan perubahan dasar pada...

    Apple Store kedua Malaysia mungkin di Putrajaya — Ini sebabnya

    Apple dipercayai sedang bersiap sedia untuk membuka kedai rasmi keduanya di Malaysia yang dijangka berlokasi di Putrajaya. Langkah berkenaan dikesan berikutan penawaran...

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured