More

    Xiaomi 12 mungkin akan dilengkapi kamera yang dibina bersama Leica

    Xiaomi dijangka bakal melancarkan siri telefon andalan seterusnya, Xiaomi 12, pada akhir tahun ini selepas pelancaran cipset andalan Qualcomm pada 30 November 2021. Kini, terdapat khabar baru tentang kamera telefon itu di mana ia bakal dibina dengan sebuah syarikat kamera terkenal dari Jerman.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, Xiaomi telah bekerjasama dengan Leica untuk menghasilkan kamera dalam Xiaomi 12. Beliau turut berkongsi sebuah gambar yang menunjukkan rupa bonggol kamera pada Xiaomi Mi 11 Ultra yang mempunyai logo Leica, menunjukkan bahawa kamera ini mungkin akan berada dalam Xiaomi 12 Ultra.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang kamera Xiaomi 12. Ia dikhabarkan bakal mempunyai tiga sensor 50MP dan lensa zum periskop yang menyokong zum optikal sehingga 5x. Selain itu, ia mungkin menyokong zum digital sehingga 120x.

    Sebelum ini, Leica lebih dikenali dengan kerjasamanya bersama HUAWEI dan kini nampaknya ia mungkin bakal bekerjasama dengan syarikat telefon pintar yang lain. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured