More

    HUAWEI Brand Day: Tawarkan diskaun sehingga 47% dan hadiah percuma mulai 25 November ini

    Promosi November HUAWEI semakin hampir. Mulai 25 November 2021 tawaran hebat tersedia di HUAWEI Store Online dan HUAWEI Flagship Store di Lazada manakala HUAWEI Official Online Store di Shopee akan bermula pada 27 dan 28 November 2021. Nikmati diskaun sehingga 47% dan hadiah percuma seperti papan kekunci, beg galas, MatePad 11 M-Pencils (generasi kedua) untuk produk terpilih HUAWEI. 

    HUAWEI MateBook D14

    HUAWEI MateBook D14 mempunyai binaan yang kukuh, ringan dan paparan penuh 14 inci memberi nisbah skrin-ke-badan yang ditingkat kepada 84%. Ia dilengkapi dengan bateri 56Wh dan sensor bacaan cap jari terbina pada butang kuasa untuk mengelakkan pencerobohan privasi. 

    HUAWEI MatePad 10.4 LTE

    Peranti ini dilengkapi dengan empat pembesar suara dan sistem empat saluran audio stereo 3D Histen 6.1. Dengan audio yang disokong oleh Harman Kardon, HUAWEI MatePad membawakan butiran akustik yang jelas.

    HUAWEI WATCH GT2e 46mm

    Jam tangan pintar ini boleh menjejaki senaman anda dengan sistem kedudukan yang tepat dan bimbingan sukan profesional. Ia juga boleh memantau kadar denyutan jantung anda dengan TruSeen™ 3.5 dan mengukur jumlah kalori selepas bersenam. 

    HUAWEI Band 6

    Dilengkapi dengan sistem pengesanan SpO2 binaan dalam, HUAWEI Band 6 memantau ketepuan oksigen darah anda pada setiap masa.  HUAWEI Band 6 akan bergetar untuk memberitahu anda apabila tahap SPO2 anda jatuh terlalu rendah di bawah julat purata. Selain itu, jam tangan pintar ini menawarkan hayat bateri selama 2 minggu dengan sekali cas.

    HUAWEI WATCH Fit

    Ia memiliki sejumlah 96 mod latihan berkesan untuk anda kekal cergas. Ia turut menawarkan bacaan metrik senaman yang tepat dan masa nyata untuk 11 mod sukan profesional seperti berlari, berenang, berbasikal dan sebagainya manakala 85 mod senaman mengikut kesesuaian aktiviti anda seperti yoga atau latihan selang intensiti tinggi. Jam tangan ini juga menjejaki kadar denyutan jantung masa nyata, kalori dan tempoh senaman anda untuk memantau kesihatan anda.

    HUAWEI FreeBuds 4i

    Fon telinga ini hadir dengan Pembatalan Bunyi Aktif (ANC), sistem dwi mikrofon dan sensor kapasitif terbina dalam HUAWEI FreeBuds 4i yang mampu mengesan dan mengurangkan hingar persekitaran secara automatik. Anda boleh mendengar muzik kegemaran anda di mana sahaja anda berada menggunakan HUAWEI FreeBuds 4i.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...