More

    AirAsia lancarkan fungsi pengecaman muka FACES, mudahkan daftar masuk di lapangan terbang

    Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia telah melancarkan teknologi pengecaman muka (facial recognition) FACES yang bertujuan untuk memudahkan proses pendaftaran masuk (check-in) sewaktu membuat penerbangan. Fungsi tersebut boleh digunakan bersama aplikasi airasia Super App untuk memudahkan pendaftaran.

    Ia telah pun diperkenalkan untuk proses penaikan tanpa sentuh (contactless boarding) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan bakal diperluaskan dalam perkhidmatan lain seperti pendaftaran kendiri (self check-in), pendaftaran bagasi (baggage drop) dan pemeriksaan keselamatan.

    Untuk penumpang yang kali pertama menggunakan FACES, mereka perlu melakukan pendaftaran pertama di kaunter lapangan terbang, kemudian data biometrik muka penumpang akan disimpan dalam data airasia Super App. Penumpang perlu berkongsi maklumat pasport atau MyKad untuk menggunakan fungsi ini.

    AirAsia merupakan syarikat penerbangan pertama yang memperkenalkan fungsi ini. Dengan fungsi FACES, ini membenarkan penumpang untuk mengesahkan identiti mereka tanpa perlu menunjukkan tiket pelepasan (boarding pass) atau dokumen identiti.

    AirAsia turut menjamin bahawa data para penumpang akan disimpan dengan keselamatan tertinggi seperti yang tertera dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Mereka bekerjasama dengan syarikat antarabangsa Vision-Box yang membangunkan pelbagai teknologi biometrik dan pengurusan identiti elektronik di seluruh dunia.

    Adakah anda ingin menggunakan FACES dalam penerbangan seterusnya? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AirAsia

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured