More

    realme GT 2 Pro mungkin miliki Snapdragon 898 dan pengecasan pantas 125w, bakal dilancar pada 2022

    Awal minggu ini telah tertiris berita mengenai spesifikasi utama realme GT 2 Pro yang akan datang. Namun, sumber itu belum mengesahkan bahawa ianya adalah rasmi atau khabar angin sahaja. Peranti itu dikatakan menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 888 dan kamera 108MP atau 50mp. Dan kini, terdapat khabar angin baharu yang telah mendedahkan beberapa perubahan.

    Menurut salah satu sumber di Weibo, realme GT 2 Pro dengan nombor model RMX3301 akan dilancarkan pada awal tahun 2022. Bertentangan dengan laporan sebelum ini, peranti itu dikatakan menempatkan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen1 atau lebih dikenali sebagai Snapdragon 898.

    Telefon pintar ini akan dilengkapi memori LPDDR5 (RAM) dan memori kilat UFS 3.1. Skrinnya dilaporkan akan menggunakan AMOLED FHD+ 6.51 inci dengan paparan lubang tebuk (punch hole) dan pengimbas cap jari pada skrin. Ia dijangka menawarkan kadar penyegaran semula yang tinggi dan ketumpatan piksel 404ppi.

    Telefon itu juga dikatakan menyokong ciri pengecasan pantas 125w. Untuk fotografi, ia mungkin menampilkan unit tiga kamera 50MP + 8MP + 5MP dan kamera hadapan 32MP. Ia juga akan menyokong autofokus, OIS dan EIS. Nampaknya teknologi binning piksel 4-dalam-1 akan membolehkannya menangkap gambar dalam resolusi 50MP.

    Peranti ini dijangka mempunyai kapasiti bateri 5000mAh, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. GT 2 Pro mungkin akan diprapasang dengan Android 12 berasaskan realme UI 3.0. Dengan pengumuman awal realme untuk memasuki segmen telefon pintar ultra-premium, adalah menarik untuk melihat bagaimana syarikat itu menghasilkan telefon pintar yang mampu bersaing dengan pesaing terdekatnya iaitu Samsung Galaxy S22.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured