More

    Siri Apple iPhone 14 Pro akan datang mungkin dilengkapi port USB-C

    Apple telah diasak bertubi-tubi oleh Suruhanjaya Eropah (EU) untuk menukar port Lightning-nya kepada port USB-C. Malah, peminatnya juga tidak sabar menunggu perkara itu berlaku kerana iPhone X yang diubah suai dengan port USB-C sebelum ini dijual pada harga lebih ~RM416K. Sumber mendakwa bahawa Apple mungkin akan hadirkan ciri ini pada barisan iPhone 14 Pro tahun hadapan.

    Menurut sumber, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max mungkin mempunyai port USB-C dan bukannya port Lightning. Salah satu sebab Apple membuat keputusan itu adalah kerana kelajuan pemindahan data yang lebih pantas. Sesetengah daripada anda mungkin tahu bahawa ciri video ProRes mempunyai saiz fail yang besar dan pengguna menghadapi kesukaran untuk memindahkan fail tersebut antara iPhone dan komputer.

    Selain itu, Apple juga telah menjadi sebahagian organisasi yang menyokong perlindungan alam sekitar. Memandangkan kebanyakan peranti mudah alih semasa menggunakan kabel USB-C, ia mungkin memberi alasan kepada syarikat itu untuk menggunakannya. Namun, ini semua hanyalah spekulasi kerana Apple belum mengumumkan sebarang langkah ke arah itu.

    Adakah anda lebih suka Apple meneruskan port Lightning atau bertukar kepada port USB-C untuk iPhone baharu? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9To5Mac

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured