fbpx
More

    3 perkara yang anda perlu tahu untuk naikkan kualiti audio sewaktu menonton filem di rumah!

    Sejak penularan wabak COVID-19 pada tahun lepas, ramai peminat filem di Malaysia tidak dapat menikmati filem-filem terbaru di panggung wayang dan terpaksa menontonnya dengan televisyen di rumah. Untuk menonton filem dan siri televisyen terkini, semakin ramai penonton telah melanggan kepada perkhidmatan pelayaran (streaming) seperti Netflix, HBOMax, Disney+ dan banyak lagi.

    Sungguh pun begitu, ini tidak bermakna pengalaman tontonannya tidak boleh menandingi kehebatan pengalaman di panggung. Dengan kelengkapan audio yang tepat, anda boleh hasilkan suasana audio menyeluruh (surround sound) yang mengasyikkan dan pasti akan membuatkan anda ‘tenggelam’ dalam filem yang ditonton. 

    Samsung Malaysia menawarkan pelbagai jenis kelengkapan audio rumah yang boleh menghasilkan efek ini, jadi mari kita senaraikan apa yang anda perlu tahu untuk pengalaman audio yang paling mengasyikkan untuk layan filem dalam keselesaan rumah:

    1. Pastikan saluran (channel) audio yang terbaik

    Untuk pengalaman audio tertinggi, anda haruslah mempunyai kelengkapan yang boleh menghasilkan efek audio persekitaran (surround sound) yang merangkumi 360 darjah dalam bilik. Sebagai contoh, soundbar Samsung HW-Q950A boleh menghasilkan saluran bunyi (channel sound) 11.1.4 dengan teknologi Dolby Atmos/DTS:X untuk bunyi yang sangat realistik daripada semua arah.

    Dengan saluran 11.1.4, Samsung HW-Q950A boleh menyediakan bunyi yang menyeluruh untuk ruang tamu anda

    Apakah nombor yang dimaksudkan dengan saluran bunyi ini? Dwi-saluran melambangkan pembesar suara stereo di kiri dan kanan, manakala tiga saluran pula menambahkan satu lagi pembesar suara untuk audio yang lebih jelas. Saluran 3.1 memperkenalkan satu subwoofer (0.1) untuk bunyi berfrekuensi rendah, manakala saluran 5.1 menambahkan sepasang pembesar suara di belakang untuk meningkatkan efek audio persekitaran.

    Saluran 5.1.4 pula memperkenalkan dua pembesar suara menegak (height channel speakers) yang boleh menghasilkan efek audio persekitaran 3D untuk objek yang berada di luar skrin (off-screen). Samsung merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan teknologi ini pada 2016 dan kini anda boleh dapatkan tahap audio yang seterusnya daripada Samsung HW-Q950T untuk saluran 9.1.4 atau Samsung HW-Q950 untuk saluran 11.1.4.

    Salurang bunyi yang lebih tinggi untuk saluran 11.1.4

    2. Audio itu sesuai dengan bentuk bilik anda?

    Bunyi yang dihasilkan daripada pembesar suara rumah amat dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti bentuk bilik, bahan yang terbina dalam dinding, lantai dan siling serta kedudukan pembesar suara. Bagi menghasilkan audio terbaik, pembesar suara Samsung dilengkapi teknologi SpaceFit Sound untuk menentukur (calibrate) tahap audio yang terbaik untuk setiap bilik.

    Dengan menggunakan mikrofon dalam televisyen QLED untuk mengenal pasti tahap reverberation audio dalam bilik, Samsung boleh menentukan penghasilan bunyi untuk pengalaman terbaik. Fungsi penentukur ini terdapat dalam soundbar HW-Q700A ke atas dan televisyen QLED TV Q70A ke atas.

    Bentuk bilik serta objek sekeliling memainkan peranan penting untuk audio terbaik
    HW-Q700A boleh menghasilkan bunyi yang terbaik untuk setiap bentuk bilik, dengan merakam audio yang sesuai berdasarkan bentuk bilik dan objek sekeliling

    Untuk soundbar HW-Q900A dan ke atas pula, ia dilengkapi fungsi Auto EQ yang menganalisis bentuk bilik persekitaran dengan mikrofon di dalam subwoofer. Fungsi ini boleh menentukur untuk bunyi frekuensi rendah dan audio lain yang boleh menjejaskan penghasilan audio daripada pembesar suara. Ia tidak memerlukan mikrofon daripada televisyen, jadi ia boleh digunakan untuk lebih banyak jenis televisyen lama dan baharu.

    3. Pastikan semua orang boleh layan audio daripada pembesar suara!

    Kadang-kala apabila kita menjemput sekumpulan ahli keluarga atau rakan-rakan untuk tonton filem bersama-sama, bukannya semua orang dalam ruang tersebut boleh menikmati pengalaman audio yang sama. Efek ini lebih terasa untuk mereka yang berada jauh daripada pembesar suara dan dekat dengan dinding.

    Dengan soundbar Samsung S Series, ia mempunyai pembesar suara tengah (central speaker) dengan lima saluran dan pembesar suara sisi Side Horn Speaker With Acoustic Beam bagi memastikan audio yang boleh dinikmati daripada setiap sudut bilik. Malah dengan rekaan yang minimalis serta sudahan fabrik premium, menjadikannya pembesar suara yang sangat bergaya untuk ruang tamu anda.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang pembesar suara terbaik untuk hiburan dalam rumah anda. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga vivo V30 5G turun secara tetap, kini bermula RM1,899

    vivo Malaysia telah mengumumkan penurunan harga pasaran untuk telefon pintar kelas pertengahan vivo V30 5G yang asalnya dilancar pada bulan Mac lalu.

    Pengguna Android dan iOS boleh akses ChatGPT tanpa akaun selepas muat turun

    ChatGPT, bot sembang daripada OpenAI telah mengubah dengan ketara cara orang mencari dan melihat enjin carian dengan menyediakan pembantu digital di hujung...

    JPJ beri amaran sewa kenderaan kepada warga asing tanpa lesen

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi untuk mengenal pasti syarikat dan individu yang menyewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen memandu...

    vivo Y100 5G dalam warna oren akan dilancar untuk pasaran Malaysia

    vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu yang ditawarkan dalam pilihan warna ungu dan...

    PROTON ingin anda teka nama EV pertama mereka untuk peluang menangi RM5,000

    Syarikat automotif tempatan PROTON kini sedang menganjurkan satu pertandingan menarik di mana anda boleh teka dan menyahkod nama untuk model kenderaan elektrik...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured