More

    Produk Samsung bakal dilancar pada 2022 tertiris, barisan tablet dan fon telinga didedah

    Terdapat maklumat tertiris baru-baru ini yang menunjukkan gambaran terperinci mengenai barisan tablet yang bakal dilancarkan pada tahun 2022 oleh Samsung. Barisan tersebut terdiri daripada fon telinga TWS yang akan datang dan beberapa produk lain termasuk tablet. Senarai ini merupakan rancangan Samsung bagi melancarkan produknya untuk tahun 2022.

    Ia mendedahkan tablet seperti Galaxy Tab S8, Galaxy Tab S8 Lite, Galaxy Tab S8 Plus dan Galaxy Tab S8 Ultra. Tiga varian Galaxy Tab S8 segmen andalan nampaknya akan mula dikeluarkan antara suku pertama dan kedua tahun 2022. Sementara itu, varian ‘Lite’ Galaxy Tab S8 hanya akan dikeluarkan antara suku ketiga dan keempat tahun hadapan.

    Menariknya, syarikat itu boleh mengeluarkan sehingga 1.6 juta unit Galaxy Tab S8 Lite manakala hanya mengeluarkan 400,000 unit untuk Galaxy Tab S8 Ultra. Samsung merancang untuk mengemaskini semula barisan tablet bajetnya iaitu Galaxy Tab A8 dan Galaxy Tab A7 Lite pada 2022.

    Penyenaraian itu juga turut mendedahkan Galaxy Buds Pro 2 dan Galaxy Buds Live 2. Fon telinga TWS ini mungkin dilancarkan selepas penggal pertama tahun 2022. Samsung meletakkan harapan yang tinggi kepada produk ini kerana ia berhasrat untuk menghasilkan lebih 3 juta unit bagi Buds Pro 2 dan Live 2.

    Galaxy Watch 3 juga termasuk dalam penyenaraian ini walaupun ia hanya akan tiba antara suku ketiga dan keempat 2022. Peranti lain yang akan datang tahun depan termasuk Galaxy Book 2 Pro 360, Galaxy Book 2 Pro 5G dan Galaxy Chromebook Go. Maka, ini merupakan sejumlah besar peranti yang akan datang daripada pengeluar Korea pada tahun hadapan.

    Namun tiada telefon pintar pada penyenaraian ini dan kami tahu ianya akan muncul kemudian. Samsung akan melancarkan Galaxy S21 FE pada bulan Januari dan kemudiannya akan memperkenalkan siri Galaxy S22 pada awal Februari seperti laporan sebelum ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk-produk Samsung ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AndroidHeadlines

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured