More

    Qualcomm sahkan penjenamaan semula, gunakan nama Snapdragon 8 Gen1 dan bakal diumum 30 November ini

    Menjelang Sidang Kemuncak Teknologi Snapdragon pada 30 November, hari ini Qualcomm telah mengumumkan beberapa perubahan strategi pada penjenamaannya untuk cipset mudah alih yang dipanggil ‘platform’. Kini, terdapat lebih 2 bilion peranti yang menggunakan cipset Snapdragon di seluruh dunia .

    Qualcomm telah mengesahkan khabar angin baru-baru ini yang mengatakan bahawa ia akan bertukar kepada penjenamaan baharu untuk platform mudah alihnya. Nama-nama itu akan melibatkan siri satu digit dan nombor generasi bermula dengan platform siri Snapdragon 8 terbaharu. Qualcomm mengesahkan bahawa ia bukan cipset Snapdragon 898.

    Penjenamaan baharu itu akan menggunakan nama Snapdragon 8 Gen1. Pada tahun 2022, legasinya akan menggunakan nama Snapdragon 8 Gen2 dan akan menyambung nombor tersebut untuk generasi seterusnya.

    Namun, Qualcomm belum mengesahkan nama yang bakal digunakan pada siri Snapdragon 7, 6 dan 4. Seterusnya, penggunaan nama Qualcomm bakal dikurangkan dalam perkakasan berkaitan mudah alih. Untuk pengetahuan, syarikat itu mengatakan ia memisahkan jenama Qualcomm dan Snapdragon.

    Pada masa hadapan, Snapdragon akan menjadi jenama produk kendiri yang mempunyai hubungan khusus dengan jenama Qualcomm. Penggunaan nama ‘5G’ akan dialih keluar daripada nama platform pada masa hadapan kerana 5G kini telah menjadi asas kepada penghasilan telefon pintar.

    Qualcomm juga komited untuk hanya melancarkan platform mudah alih berkeupayaan 5G. Simbol ‘bebola api’ yang digunakan oleh Snapdragon juga akan mendapat sentuhan baharu. Warna tema baharu turut diperkenalkan iaitu Midnight, Gunmetal, Nickel, Snapdragon Red dan emas.

    Warna emas kini akan digunakan untuk mewakili produk peringkat premium sahaja. Menurut Qualcomm, Snapdragon 8 Gen1 akan diperkenalkan secara rasmi pada Sidang Kemuncak Teknologi Snapdragon pada 30 November ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...