fbpx
More

    Jualan Festival Akhir Tahun HONOR: HONOR 50 Lite berharga RM999 dan hadiah percuma bernilai RM350

    Bagi mereka yang ingin memiliki peranti terbaik dengan harga mampu milik, HONOR Malaysia telah mengadakan Jualan Festival Akhir Tahun dengan tawaran HONOR 50 Lite pada harga RM999 dan hadiah percuma bernilai sehingga RM350. HONOR 50 Lite kini kembali dengan Google Mobile Services (GMS) dan Android 11.

    Telefon pintar ini menyokong pengecasan pantas 66W dengan peningkatan bateri ke 40% dalam masa 10 minit. Ia turut dilengkapi dengan paparan LCD perlindungan mata TÜV Rheinland dan mendapat Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland Tahap-Perkakasan (Hardware Solution). Pada bahagian kamera belakang, ia memliki kuad kamera Ultra-Clear 64MP, kamera sudut lebar 106o 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. 

    Festival ini bermula pada 25 hingga 30 November 2021 di IOI City Mall, Putrajaya dengan hadiah bernilai RM300,000. Pembeli juga boleh menikmati ganjaran bernilai sehingga RM450 dan RM350 bagi HONOR 50 dan HONOR 50 Lite.

    Promosi Jualan Akhir Tahun HONOR:

    Model ProdukHarga PasaranSelepas DiskaunHadiah Percuma
    HONOR 50 (6GB + 128GB)RM 1,699N/ABeg galas HONOR, fon telinga Bluetooth AM 61 dan sarung HONOR 50
    HONOR 50 (8GB + 256GB)RM 1,999N/ABeg galas HONOR, fon telinga Bluetooth AM 61 dan sarung HONOR 50
    HONOR 50 LiteRM 999N/ABeg galas HONOR dan kotak hadiah HONOR  
    HONOR MagicBook X 15 (Intel i5)RM 2,899N/ABeg galas HONOR, tetikus tanpa wayar, fon telinga Bluetooth AM 61 dan Microsoft 365 Personal
    HONOR MagicBook X 15 (Intel i3)RM 2,299N/ABeg galas HONOR, fon telinga Bluetooth AM 61 dan Microsoft 365 Personal
    HONOR MagicBook ProRM 3,399RM 3,299Beg galas HONOR, tetikus tanpa wayar, fon telinga Bluebooth AM 61 dan Microsoft 365 Personal
    HONOR MagicBook 15RM 3,699RM 3,499Beg galas HONOR, tetikus tanpa wayar, fon telinga Bluetooth AM 61 dan Microsoft 365 Personal
    HONOR MagicBook 14 AMD (8GB + 256GB)RM 2,699N/ABeg galas HONOR, fon telinga Bluetooth AM 61 dan Microsoft 365 Personal
    HONOR MagicBook 14 AMD (8GB + 512GB)RM 2,999N/ABeg galas HONOR, tetikus tanpa wayar, fon telinga Bluetooth AM 61 dan Microsoft 365 Personal

    HONOR 50 dilengkapi dengan kamera utama 108MP dan kamera hadapan HD 32MP yang jelas. Mod multi-video, termasuk Picture in Picture, rakaman dalam gerakan laju dan perlahan, rakaman dwi-pandangan dan rakaman Pause Live membolehkan rakaman vlog yang berterusan tanpa suntingan. Ia hadir dengan warna Frost Crystal, Emerald Green, Midnight Black dan HONOR Code.

    Selain itu, terdapat tawaran siri MagicBook HONOR bermula dari RM2,299 dan hadiah percuma bernilai RM600. Siri HONOR MagicBook dilengkapi Persijilan Cahaya Biru Rendah TÃœV Rheinland dan TÃœV Rheinland Flicker-free. Ia menyokong pengecasan pantas 65W, mampu untuk pelbagai kerja (multi-tasking), penyambungan WiFi-6 yang lancar, butang kuasa turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari dan kamera pop-up.

    Anda boleh lawati Facebook HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Festival Akhir Tahun HONOR. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Assassin’s Creed Mirage akan ditawarkan untuk iPhone dan iPad pada 6 Jun 2024

    Siri iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max serta tablet iPad yang dilengkapi cip M1 sudah mempunyai kuasa pengkomputeran yang cukup...

    Siri iQOO Z9 akan dilancar di Malaysia pada 9 Mei 2024

    iQOO Malaysia bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan iQOO Z9 Series pada hari Selasa, 9 Mei 2024. Ia merupakan telefon kelas...

    Ulasan HONOR MagicBook X 16 – Berbaloi jika anda peminat skrin besar!

    Dalam pasaran komputer riba segmen pertengahan yang sesak, mungkin sukar untuk mencari peranti yang menawarkan keseimbangan ciri, prestasi dan nilai yang menarik....

    OPPO A60 dilancar di Malaysia: Snapdragon 680, RAM 8GB dan kamera 50MP bermula RM699

    OPPO Malaysia memperkenalkan tambahan baharu kepada telefon pintar siri A iaitu OPPO A60 yang menawarkan reka bentuk premium dan tahan lama yang...

    Kad Visa TNG eWallet tawarkan ‘markup’ 0% untuk transaksi luar negara

    Touch 'n Go eWallet (TNG eWallet) menawarkan pilihan pembayaran rentas sempadan yang lancar untuk pengembara, membolehkan mereka menggunakan sama ada pembayaran QR...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X