More

    Spotify akan perkenalkan fungsi Discover, hasilkan video pendek seperti TikTok

    Jika anda kerap menggunakan Spotify untuk mendengar lagu kegemaran, fungsi terbaru daripada mereka mungkin akan memaparkan kandungan video pendek seperti dalam TikTok. Menurut wartawan teknologi Chris Messina, Spotify bakal melancarkan fungsi tersebut yang akan menunjukkan video pendek untuk setiap lagu, bagi menggantikan gambar album (album art) statik oleh artis.

    Video tersebut akan dipaparkan dalam bentuk potret untuk penggunaan yang lebih sesuai dalam skrin telefon pintar. Ia akan diletakkan dalam tab Discover untuk membantu pengguna mencari lebih banyak muzik yang mungkin akan digemari oleh mereka.

    Spotify akan turut memudahkan pengguna untuk berkongsi lirik lagu dalam media sosial dan memperkenalkan fungsi Concerts untuk menyediakan lagu yang dirakam daripada persembahan langsung.

    Kongsi pendapat anda tentang fungsi baru ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured