More

    Telefon dengan cipset MediaTek Dimensity 9000 mungkin lebih mahal berbanding Dimensity 1200

    Cipset telefon pintar yang dihasilkan oleh syarikat semikonduktor dari Taiwan, MediaTek, sering kali dikaitkan dengan telefon yang lebih murah berbanding jenama-jenama pesaing. Walau bagaimanapun, perkara itu mungkin akan berubah dengan cipset andalan seterusnya, MediaTek Dimensity 9000.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, kos Dimensity 9000 mungkin adalah dua kali ganda lebih mahal berbanding Dimensity 1200. Ini bermakna cipset tersebut boleh dijangka terdapat dalam kategori telefon tercanggih dan akan dijual dengan harga pelancaran yang lebih tinggi berbanding harga pelancaran untuk telefon Dimensity 1200.

    Sungguh pun begitu, beliau turut melaporkan bahawa cipset Snapdragon 8 Gen1 akan menjadi lebih mahal berbanding Dimensity 9000. Telefon pertama yang akan dilengkapi cipset Dimensity 9000 serta Dimensity 7000 dijangka akan diperkenalkan pada suku pertama 2022.

    Sebelum ini, Dimensity 9000 telah pun dilancar sebagai cipset tercanggih daripada MediaTek setakat ini dan merupakan cipset telefon pertama yang dibina dengan proses 4nm.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured