More

    Spesifikasi kamera Samsung Galaxy S22 dan S22+ didedah, mungkin miliki kamera 50MP 3x zum optik dan ultra-lebar 12MP

    Siri Samsung Galaxy S22 telah didedahkan sejak beberapa hari lalu. Samsung Galaxy S22 Ultra direka bentuk mengingatkan kepada siri Note dan juga slot S Pen. Galaxy S22 dan S22+ diberikan peningkatan prestasi. Laporan terbaru mengatakan peranti Samsung yang akan datang akan membawa perubahan daripada segi kamera.

    Sumber dari Ice Universe telah memperincikan kamera bagi model standard dan Galaxy S22+ akan menggunakan kamera utama 50MP, sensor 1/1.57″ dengan piksel 1.0 µm dan apertur f/1.8. Unit ini selaras dengan sensor Samsung GN5 dan Sony IMX766 di mana ia mungkin akan meggunakan kedua-duanya.

    Galaxy S22 dan S22+ akan menggunakan sensor 10MP 3x zum optik dengan apertur f/2.4, format optik 1/3.94″ dan piksel 1.0 µm. Diikuti dengan sensor ultra-lebar 12 MP bersaiz 1/2.55″ dengan piksel 1.4 µm dan apertur f/2.2 yang pada asasnya sama seperti siri Galaxy S21. Telefon pintar ini akan menggunakan kamera swafoto 10MP dengan 1/3.24″, saiz piksel 1.22 µm dan apertur f/2.2.

    Seterusnya, Samsung Galaxy S22 Ultra hadir dengan persediaan kamera utama 108MP yang merupakan sensor HM3 yang dipertingkatkan. Terdapat juga kamera ultra-lebar 12MP, periskop 10MP 10x dan telefoto 10MP 3x. Kamera swafoto dikhabarkan mempunyai resolusi 40MP sama seperti Galaxy S Ultra sebelum ini.

    Jika dilihat pada spesifikasi lain, S22 hadir dengan paparan 6.06 inci, manakala S22+ berukuran 6.55 inci. Kedua-dua peranti akan mempunyai resolusi FHD+ dan paparan AMOLED rata. S22 Ultra pula dijangka hadir dengan paparan 6.8 inci dengan resolusi Quad HD+, kadar penyegaran semula 120 Hz dan tlengkungan di bahagian tepi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured