More

    Komputer riba ASUS ROG Zephyrus Duo 16 GX650 tertiris, dilengkapi cipset RYZEN 9 dan RTX 3080 Ti

    ASUS dalam fasa akhir untuk mengumumkan komputer riba gaming baharunya yang menggunakan nama ROG Zephyrus Duo 16 GX650. Kebocoran maklumat baru-baru ini mendedahkan beberapa spesifikasi utama peranti tersebut. Ianya akan hadir dengan cipset AMD Ryzen 9 6900HX dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti.

    Dengan komputer riba gaming andalan terbaharunya, syarikat Taiwan itu merancang untuk menawarkan peranti ini dengan cip pemproses siri Ryzen 6000 dan ROG Strix Scar 15 seperti yang tertiris sebelum ini. Cipsetnya adalah sebahagian daripada seni bina Rembrandt melalui teknologi Zen 3+nya.

    CPUnya pula mempunyai 8 teras dan 16 bebenang. Selain itu, pengecasannya dianggarkan antara 35 W hingga 45 W TDP. Untuk grafik, komputer riba permainan menampilkan RTX 3080 Ti. Ia menawarkan pengesanan sinar masa nyata (real-time ray tracing).

    Bahagian skrinnya menggunakan paparan anti silau FHD 16 inci dengan kadar segar semula 300Hz. Cipsetnya mempunyai ukuran 6 nm dan seni bina GPU Navi 2x. Seterusnya, ia dilengkapi storan dalaman sehingga 8 TB PCIe NVMe M.2 SSD, RAM DDR5 sehingga 48GB.

    ASUS ROG Zephyrus Duo 16 GX650 mungkin dilancarkan bersama model ROG Strix dan ROG Scar 17. Jika anda ingin memiliki komputer riba gaming yang hebat, maka peranti ini pastinya akan menjadi pilihan terbaik.

    Adakah anda berminat dengan peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured