fbpx
More

    Anda kini boleh tampil bergaya dengan Xiaomi 11 Lite 5G NE dan rantai mewah Swarovski!

    Sering kali, telefon pintar dilihat sebagai sebuah alat keperluan harian sahaja untuk menghubungi rakan-rakan serta melayari internet, jadi reka bentuk luarannya jarang dipedulikan. Buat mereka yang gemarkan fesyen dan ingin memiliki telefon yang boleh dipadankan dengan pakaian mereka sebaik mungkin, perkara ini sukar dilakukan kerana kebanyakan telefon memiliki rekaan yang bosan.

    Mujur sekali, golongan “fashionista” kini boleh lihat pada telefon pintar Xiaomi terbaru yang dihasilkan bersama jenama barang kemas Swarovski dan membuktikan bahawa sebuah telefon juga masih boleh dijadikan sebagai aksesori fesyen.

    Telefon pintar Xiaomi 11 Lite 5G NE menawarkan rekaan berkilauan mirip kristal yang pasti boleh menarik perhatian orang di sekeliling anda. Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna menawan iaitu hitam Truffle Black, biru Bubblegum Blue, merah jambu Peach Pink dan putih Snowflake White.

    Selain rekaan yang menarik, telefon ini juga menampilkan reka bentuk yang nipis dan ringan, dengan berat 158 gram dan ketebalan 6.81mm sahaja. Ini membuatkannya sangat mudah dipegang dan dimasukkan ke dalam beg tangan.

    Xiaomi telah bekerjasama dengan Swarovski untuk menyediakan kotak edisi terhad di mana anda akan turut menerima aksesori rantai leher mewah yang padan dengan rekaan Xiaomi 11 Lite 5G NE.

    Daripada segi paparan pula, telefon ini dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.55 inci yang menyokong teknologi Dolby Vision 10-bit untuk penghasilan warna yang terang serta menawarkan kadar segar semula 90Hz, jadi anda boleh gunakan sebarang aplikasi dengan lancar.

    Untuk fotografi, telefon ini menawarkan kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera telemakro 5MP dan kamera swafoto 20MP. Selain kamera yang lengkap ini, ia turut menawarkan fungsi Night Mode untuk penggambaran yang lebih terang dalam suasana malap.

    Walaupun dengan estetika yang menarik, Xiaomi tidak mengorbankan prestasi telefon ini kerana ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 778G, jadi anda boleh jangkakan prestasi pantas untuk pelbagai jenis aplikasi termasuk gaming.

    Xiaomi 11 Lite 5G NE Swarovski Edisi Terhad ini boleh didapati dengan harga RM1,399 di laman web Xiaomi Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Semua peranti audio Nothing kini dilengkapi dengan integrasi ChatGPT

    Hari ini, syarikat teknologi yang berpangkalan di London, Nothing telah menjadikan integrasi ChatGPT tersedia di seluruh barisan produk audionya. Ia diperkenalkan pada...

    Sonos Ace dilancar di Malaysia: Fon kepala dengan teknologi TrueCinema berharga RM2,299

    Sonos mengumumkan pelancaran fon kepala pertamanya, Sonos Ace memasuki pasaran pendengaran peribadi dengan produk premium. Fon kepala Bluetooth ini menawarkan audio lossless,...

    Rapid Bus dan Volvo bekerjasama untuk percubaan bas elektrik Volvo BZL-GML Eco Range

    Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mencuba bas bandar elektrik baharu, Volvo BZL-GML Eco...

    WhatsApp sedang uji ciri hapus bilangan mesej yang belum dibaca

    WhatsApp sedang mengatasi masalah tekanan mesej yang belum dibaca dengan kemas kini masa depan yang ditemui dalam versi beta untuk Android. Penambahan...

    Samsung Galaxy Z Fold6 mungkin hadir dengan kesan lipatan halus dan rekaan kamera baharu

    Penganalisi terkenal, Ice Universe telah mendedahkan beberapa butiran mengenai Samsung Galaxy Z Fold6 yang akan datang termasuk lipatan yang kurang kelihatan pada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured