fbpx
More

    Galaxy A13 5G dilancar: Miliki Dimensity 700, LCD 6.5” dan bateri 5,000mAh berharga ~RM1,056

    Samsung secara senyap-senyap telah memperkenalkan Samsung Galaxy A13 5G. Peranti itu kini merupakan telefon pintar 5G paling mampu milik daripada Samsung. Ia adalah pengganti kepada Galaxy A12.

    Galaxy A13 5G yang baru diumumkan kelihatan seperti Galaxy A32. Ia berukuran 164.5 x 76.5 x 8.8mm dan berat 195g. Telefon ini menggunakan panel LCD 6.5 inci dengan resolusi 1600 x 720 piksel dan kadar segar semula skrin 90Hz. Takuk titisan air (waterdrop) (Infinity-V) di bahagian atas menempatkan kamera swafoto 5MP.

    Manakala pada bahagian belakangnya terdapat tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 700, RAM 4GB dan storan dalaman 64GB dengan sokongan pengembangan storan melalui kad MicroSD. Terdapat juga NFC untuk menggunakan Samsung Pay.

    Ciri sambungan pada telefon ini ialah sub-6GHz 5G, WiFi dwi-jalur, Bluetooth, port USB-C dan bicu audio 3.5mm. Spesifikasi lain terdiri daripada pengimbas cap jari yang dipasang pada sisi peranti ini, pembesar suara tunggal, Android 11 dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 15W.

    Samsung Galaxy A13 5G berharga $249.99 (~RM1,056) di AS. Malangnya, telefon pintar ini tidak menyediakan palam pengecas dan fon telinga di dalam kotak. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    vivo Y36s dikesan dalam senarai Google Play Console, pelancaran global mungkin tidak lama lagi

    vivo sedang bersiap sedia untuk pelancaran global telefon pintar terbaharunya, vivo Y36s yang nampaknya merupakan versi penjenamaan semula vivo G2 yang dikeluarkan...

    Siri HUAWEI Pura 70 dikesan dalam SIRIM, pelancaran di Malaysia dijangka tidak lama lagi

    HUAWEI telah memperkenalkan siri HUAWEI Pura 70 yang terdiri daripada empat peranti berbeza. Walaupun barisan penuh masih belum disahkan untuk pasaran Malaysia,...

    HUAWEI akan lancarkan aplikasi GoPaint, tawarkan pengalaman melukis yang menyeluruh

    HUAWEI bakal melancarkan aplikasi lukisan khas untuk tablet iaitu GoPaint pada 7 Mei 2024. Ia merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh HUAWEI sendiri...

    Ingin cuba Galaxy AI? Datang ke “escape room” Samsung di Semua House KL!

    Samsung Malaysia kini sedang menganjurkan pameran khas Galaxy AI-Volution di Semua House, Kuala Lumpur dan menjemput anda untuk cuba sendiri fungsi Samsung...

    Apple HomePod Gen-2 & HomePod mini akan dilancar di Malaysia pada 10 Mei ini...

    Apabila bercakap mengenai produk audio Apple, kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengenali produk AirPods. Siri Apple HomePod yang telah lama wujud selama untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X