fbpx
More

    ASUS pamerkan barisan lengkap komputer riba OLED terbaharunya

    ASUS Malaysia baru-baru ini telah mempamerkan barisan lengkap komputer riba miliknya dengan paparan OLED sesuai untuk pencipta kandungan, golongan profesional dan pengguna yang bekerja daripada rumah.

    Barisan ASUS OLED kini diperluas secara besar-besaran yang menawarkan paparan 16 inci OLED HDR 4K pertama di dunia dengan panel OLED VESA DisplayHDR 600 yang diperakui mempunyai tahap kegelapan terbaik. Ini membuktikan komitmen ASUS untuk berinovasi dan menambah baik pengalaman pengguna dalam semua aspek pengkomputeran mudah alih miliknya.

    PROART STUDIOBOOK 16 OLED

    ProArt StudioBook 16 OLED (H5600 / H7600) merupakan pilihan pencipta kandungan dan profesional yang hadir dengan paparan 16 inci OLED HDR 4K pertama di dunia. Ia memiliki resolusi sehingga 4K OLED HDR 550-nits, nisbah aspek 16:10 dan resolusi 3840 x 2400. Pensijilan lain termasuk gamut warna 100% DCI-P3 gred pawagam, PANTONE Validated dan Calman Verified, Delta E < 2 ketepatan warna serta VESA DisplayHDR 500 true Black untuk nisbah kontras 1,000,000:1.

    Dikuasakan oleh dua pilihan cipset iaitu AMD Ryzen 5000 H-Series (H5600) dan Intel Core i7 (H7600) dengan grafik GeForce RTX 3070 (H5600) atau 3060 (H7600). Ia sangat berkuasa dan stabil kerana dilengkapi teknologi NVIDIA Studio Drivers untuk prestasi yang maksimum . Satu lagi ciri utama ialah dail ASUS iaitu kawalan berputar fizikal untuk berinteraksi dengan aplikasi yang serasi dan banyak lagi. Semua fungsi anda boleh disesuaikan melalui ProArt Creator Hub.

    Spesifikasi lainnya ialah SSD PCIe ultra laju, RAM DDR4 3200 MHz sehingga 64GB dan sambungan  Thunderbolt 4 (H7600) atau USB 3.2 Gen 2 Type-C. Ia juga hadir dengan HDMI 2.1 dan pembaca kad SD Express 7. Perkongsian dengan Adobe memberikan anda langganan percuma sehingga tiga bulan untuk Adobe Creative Cloud versi penuh.

    ZENBOOK 14 FLIP OLED

    Peranti ini nipis, ringan, sangat serba boleh dan boleh bertukar rupa yang menawarkan skrin sentuh NanoEdge HDR OLED 16:10 4K untuk warna hitam paling gelap dan imej yang dihasilkan adalah paling terang. Dikuasakan oleh cipset Intel Core i7 Gen ke-11 (UP5401), Teknologi Prestasi Pintar ASUS dan mempunyai pilihan varian yang berlainan yang mana ia menggunakan cipset AMD Ryzen 9 5000.

    ErgoLift 360 darjah telah direka bentuk dengan ketepatan untuk membolehkan anda untuk bekerja atau bermain dalam apa jua mod. Anda boleh menggunakan ia untuk menulis kerana terdapat fungsi skrin sentuh yang menyokong stylus dengan tahap tekanan 4096.

    ZENBOOK 14X OLED

    Zenbook 14X OLED 14 inci sesuai kepada mereka yang sentiasa bergerak kerana komputer riba ini memiliki badan yang nipis, ringan dan canggih. Ia menampilkan skrin sentuh 14 inci 2.8K (2880 x 1800) 16:10 OLED HDR NanoEdge yang cantik untuk hitam yang paling gelap dan warna yang paling terang.

    Dilengkapi dengan Intel Core i7 Generasi ke-11 dan grafik kad NVIDIA GeForce MX450 memastikan prestasi maksimum dengan Teknologi Prestasi Pintar ASUS. ErgoLift 180 darjah memudahkan perkongsian kandungan seterusnya dibantu oleh ASUS ScreenPad untuk lebih produktiviti.

    VIVOBOOK PRO 14X OLED

    Dalam meneruskan tugasan dalam mencipta kandungan, Vivobook Pro 14X OLED N7400 14 inci adalah pilihan terbaik kerana memiliki kuasa dalam kreativiti, kelajuan dan ketepatan untuk dipadankan dengan penglihatan anda. Paparan 14 inci 2.8K OLED HDR 600-nit dan gamut warna 100% DCI-P3 ultra lebar memastikan warna yang tepat dan terang.

    ASUS DialPad juga tersedia untuk kawalan intuitif dan boleh disesuaikan sepenuhnya pada perisian anda. Reka bentuk penyejukan dwi-kipas memastikan anda boleh bekerja dengan dengan jangka panjang tanpa peranti anda menjadi panas keterlaluan.

    VIVOBOOK PRO 15 OLED

    Vivobook Pro 15 OLED (K3500 / M3500) menampilkan paparan NanoEdge FHD OLED 15 inci dan audio yang diiktiraf oleh Harman Kardon menghasilkan padanan yang serasi daripada segi audio dan kreativiti anda. Daripada segi prestasi, ia dilengkapi Intel Core i7 H Generasi ke-11 dipadankan dengan Intel Iris Xe Graphics (K3500) atau pilihan kedua iaitu AMD Ryzen 9 5900HX hadir bersama NVIDIA GeForce RTX 3050 (M3500).

    Sistem penyejukan dwi-kipas dengan teknologi ASUS IceCool Plus akan memastikan peranti ini beroperasi tanpa sebarang masalah. Ia juga memiliki RAM sehingga 16 GB memori dan SSD PCIe 512GB. Tambahan, peranti ini mempunyai penutup kamera web, penderia cap jari pada butang kuasa dan latar cahaya pada papan kekunci.

    VIVOBOOK 15 OLED

    Warna yang menonjol dan kekunci Enter yang unik menambah sedikit kecantikan pada ASUS Vivobook 15 OLED. Ia hadir dengan dua pilihan pilihan iaitu Intel Core i3 dengan Intel UHD Graphics (K513) atau AMD Ryzen 7 600 (M513).

    NanoEdge FHD OLED 15 inci dan audio yang ditala oleh Harman Kardon memberikan pengalaman warna terang yang digandingkan dengan audio yang menakjubkan. Reka bentuk storan membolehkan anda untuk menggunakan SSD dan HDD.

    ASUS – Peraduan Generasi OLED

    Mulai sekarang hingga 31 Disember, anda boleh menyertai peraduan Generasi OLED dan berpeluang memenangi ASUS Vivobook Pro 15 OLED bernilai RM4,599. Pemenang akan diumumkan pada 17 Januari 2022.

    Untuk mengambil bahagian, ikuti langkah berikut:

    • Ambil/tunjukkan kepada kami foto atau video HDR anda yang menunjukkan kesempurnaan visual. Mestilah kreatif!
    • Siarkan foto atau video di Instagram dengan frasa ‘We are Generation OLED’ dan mengapa paparan ASUS OLED penting. Akaun anda mesti ditetapkan kepada awam.
    • Dalam tajuk anda, anda mesti tag @asusmalaysia dan 3 rakan dengan hashtag ini #ASUSOLED #AGenerationOfVisualPerfection #GenerationOLED

    Layari laman rasmi ASUS untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Whatsapp kini benarkan ‘pin’ 3 mesej dalam sembang

    WhatsApp telah meningkatkan ciri-cirinya untuk menampung interaksi kumpulan besar, bertujuan untuk bersaing dengan platform seperti Telegram dan Discord. Baru-baru ini, ia meningkatkan...

    ASUS akan lancarkan komputer berfokuskan AI pada 21 Mei 2024

    Syarikat komputer dari Taiwan, ASUS, telah mengumumkan acara pelancaran virtual Next Level. AI Incredible. yang akan berlangsung pada hari Selasa, 21 Mei...

    Instagram ingin mudahkan pencipta kandungan kecil dapat lebih banyak tontonan dan pendedahan

    Pada waktu ini, kandungan video pendek yang dipaparkan dalam Instagram Reels kerap merupakan video yang dimuat naik semula (reposted) oleh pemilik akaun...

    Semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL kini terima kad debit, kredit

    Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan awam rel Rapid KL mengumumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan pelanggannya sudah mula...

    Assassin’s Creed Mirage akan ditawarkan untuk iPhone dan iPad pada 6 Jun 2024

    Siri iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max serta tablet iPad yang dilengkapi cip M1 sudah mempunyai kuasa pengkomputeran yang cukup...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X