More

    AnTuTu dedahkan kedudukan telefon Android untuk bulan November, SD888+ mengungguli carta

    AnTuTu telah mengeluarkan carta kedudukan bagi telefon Android yang berada di dalam pasaran semasa untuk bulan November. Tidak mengejutkan jika kedudukan teratas carta tersebut diungguli oleh peranti yang menggunakan cipset Snapdragon 888 Plus diikuti dengan dengan beberapa peranti yang menggunakan Snapdragon 888.

    Statistik diambil dari 1 hingga 30 November dan hanya telefon yang telah melengkapkan lebih daripada 1000 ujian layak untuk memasuki carta tersebut. Angka di bawah adalah purata ujian setiap peranti. Xiaomi Black Shark 4S Pro merupakan juara untuk dua bulan berturut-turut.

    Juga tidak berubah dari Oktober ialah enam tempat seterusnya yang diduduki oleh SD888+ iaitu ZTE nubia Red Magic 6S Pro, vivo iQOO 8 Pro, SD888 Xiaomi Black Shark 4 Pro, SD888+ vivo X70 Pro+, ASUS Rog Phone 5s dan SD888 vivo iQOO 8. Untuk telefon kelas pertengahan, ia dikuasai oleh telefon berkuasa Snapdragon 778G seperti vivo iQOO Z5 dan OPPO K9s.

    Di tempat ketiga ialah SD780G Mi 11 Lite 5G. Menarik untuk melihat sama ada mana-mana telefon yang dikuasakan oleh platform Snapdragon 8 Gen1 terbaharu untuk memasuki carta AnTuTu pada bulan Disember.

    Adakah anda berpuas hati dengan carta ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured