fbpx
More

    Redmi 10 2022 dalam pensijilan FCC: varian RAM dan storan telefon pintar didedahkan

    Xiaomi dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar Redmi 10 2022 dan Redmi 10 Prime 2022. Redmi 10 2022 bernombor modelkan 21121119SG, 22011119UY dan 21121119VL ini dilihat dalam pensijilan EEC Eropah, IMDA Singapura, TKDN dan SDPPI Indonesia serta TUV. Kini, terdapat maklumat mengenai pensijilan Federal Communications Commission (FCC) bagi varian 22011119UY. 

    Penyenaraian FCC mendedahkan bahawa Redmi 10 2022 akan hadir dalam dua varian iaitu RAM 4GB + storan 64GB dan RAM 6GB + storan 128GB. Peranti ini dilengkapi dengan Android 11 berdasarkan MIUI 12.5. Ia menyokong rangkaian 4G LTE dan bukanlah sambungan 5G. 

    Menurut Kacper Skrzypek, ia akan dilengkapi dengan kamera 50MP yang mungkin menggunakan lensa Samsung S5KJN1 atau sensor OmniVision OV50C40. Ia akan digandingkan dengan kamera Sony IMX355 8MP dan lensa OmniVision OV02B1B atau GC02M1B 2MP.

    Terdapat juga spekulasi mengatakan bahawa ia merupakan penjenamaan semula Redmi Note 11 4G yang muncul di China baru-baru ini. Ia mempunyai paparan IPS LCD FHD+ 90Hz 6.5 inci, pengimbas cap jari menghadap sisi, kamera hadapan 8MP, tri-kamera 50MP (utama) + 8MP (ultralebar) + 2MP(makro), cipset Helio G88 dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

    Spesifikasi telefon ini nampaknya sama seperti Redmi 10 untuk pasaran global yang berkemungkinan mempunyai sensor kedalaman 2MP tambahan. Tiada sebarang maklumat lain mengenai spesifikasi Redmi 10 Prime 2022 namun ia dijangka akan tiba di India tidak lama lagi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Kadar penggunaan 5G di Malaysia hampir 36%, liputan 80.3% – Fahmi Fadzil

    Kadar penggunaan 5G negara mencecah hampir 36% setakat pertengahan April manakala kadar liputan perkhidmatan berada pada 80.3% pada Februari. Menteri Komunikasi, Fahmi...

    Selepas TikTok, AS mungkin turut haramkan dron DJI

    Sebelum ini, kami melaporkan bagaimana ByteDance diberi masa untuk menjual TikTok sebelum ia diharamkan di Amerika Syarikat (AS). Kali ini, kongres yang...

    Prism+ Luna Smart Air Conditioner dan Aura Smart Air Purifier rasmi di Malaysia, harga...

    Prism+ yang merupakan antara jenama pilihan untuk TV dan monitor kini telah memasuki segmen perkakas rumah pintar di Malaysia. Prism+ telah melancarkan...

    U Mobile buka kedai pertama di Sabah, perkukuhkan kehadiran di Malaysia Timur

    U Mobile telah melancarkan kedai pertama di Malaysia Timur yang terletak di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Kedai khidmat lengkap ini...

    Ulasan HONOR X7b 5G – ‘Entry level’ tapi macam ‘mid-range’?

    HONOR X7b versi 5G telahpun dilancarkan pada 22 April 2024 di pasaran Malaysia dengan harga RM899 memberikan spesifikasi tersendiri dan membawa storan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X