More

    Spesifikasi realme RMX3310 didedah: Mungkin siri GT akan datang

    realme dijangka akan mengumumkan telefon andalan realme GT 2 Pro yang dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1 pada bulan ini. Kini, terdapat maklumat mengatakan realme juga mungkin memperkenalkan satu lagi telefon siri GT bernombor modelkan RMX3310 yang telah diluluskan TENAA China.

    Penampilan realme RMX3310 hampir sama dengan realme GT Neo2 mempunyai dimensi 162.9 x 75.8 x 8.6mm, berat 199.8 gram, skrin AMOLED 6.62 inci yang menawarkan resolusi HFD+ dan pengimbas cap jari di bawah skrin. Ia mungkin membawa varian warna hitam, putih, biru dan hijau.

    RMX3310 dikuasakan oleh pemproses octa-core 2.84GHz yang mungkin menggunakan cipset Snapdragon 888. Di pasaran tempatan, telefon bimbit mungkin dikeluarkan dengan RAM 8GB / 12GB dan storan 128GB / 256GB. Namun kami masih tidak pasti ia akan hadir dengan Android 11 atau Android 12 yang terkini.

    Bateri dwi-selnya berkapasiti 2,440mAh dan mungkin juga akan hadir pada kapasiti 5,000mAh. Telefon pintar ini masih belum muncul pada pensijilan 3C tetapi ia dijangka menyokong pengecasan 65W. Bahagian kamera swafoto adalah 16MP manakala kamera utama belakang menggunakan sensor 50MP + 8MP + 2MP.

    Kami masih menunggu maklumat seterusnya untuk dikongsikan kepada anda. Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured