More

    Inilah dia 12 promosi terbaik untuk produk teknologi sewaktu jualan Lazada 12.12!

    Kini, kita sudah pun berada di hujung tahun 2021 dan mungkin sudah tiba masanya untuk kita menghadiahkan diri sendiri dengan membeli gajet baru, sebelum tahun baru 2022 tiba nanti. Pada hari Ahad, 12 Disember 2021 nanti, Lazada bakal menganjurkan kempen promosi istimewa 12.12 dan dalam artikel ini, kami telah menyenaraikan diskaun yang terbaik untuk kategori peranti elektronik.

    Di samping itu, kami juga ada menawarkan promosi menarik untuk para pembaca TechNave BM sekalian. Kami telah bekerjasama dengan Lazada Malaysia untuk menganjurkan sebuah cabutan bertuah di media sosial, di mana empat pemenang bertuah bakal memenangi baucar Lazada bernilai RM100 seorang!

    Untuk menyertai cabutan bertuah ini, anda perlu menonton video Lazada di bawah sempena kempen jualan 12.12 Lazada Payday Special. Anda perlu tumpukan perhatian dan kenal pasti berapa kali perkataan “Lazada” disebutkan dalam video tersebut.

    Setelah mengenal pasti jumlah perkataan “Lazada” dalam video itu, nyatakan jumlah tersebut dalam ruangan komen di kiriman Facebook ini. Mudah sahaja, bukan?

    Seperti yang dikatakan awal tadi, berikut adalah senarai untuk 12 diskaun terbaik untuk perantik elektronik dalam kempen jualan 12.12 di Lazada:

    DeviceHarga asal (RM)Harga 12.12 (RM)
    OPPO Reno5 F1,099899
    vivo V21e1,299999
    POCO X3 PRO1,299999
    Samsung Galaxy M52 (8GB + 128GB)1,6991,339
    HUAWEI MatePad T10799499
    Samsung Galaxy Tab A7 Lite 2021 (WiFi)699519
    Apple AirPods Pro with MagSafe Charging Case
    [Penghantaran percuma]
    1,099769
    Apple Pencil419399
    LENOVO Ideapad 3 laptop (MQMJ, Blue)2,4991,999
    Logitech M220 Wireless Mouse55.934.6
    HUAWEI Watch GT 2e Smart Watch (46mm)
    [Penghantaran percuma]
    599320
    GoPro HERO10 Black2,6992,099

    Kamera lasak GoPro HERO10 Black nampaknya menawarkan diskaun yang sangat tinggi iaitu RM600, jadi ia adalah produk yang sesuai jika anda ingin mulakan sebuah saluran YouTube pada tahun hadapan. Selain itu, komputer riba Lenovo Ideapad 3 dan tablet HUAWEI MatePad T10 juga ditawarkan dengan diskaun yang sangat menarik.

    Produk manakah yang menjadi idaman anda dalam senarai di atas? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured