More

    Rekaan Xiaomi 12 Pro tertiris, mungkin dilengkapi bonggol kamera tebal

    Xiaomi bakal melancarkan siri telefon pintar andalan Xiaomi 12 sebagai antara telefon terawal yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1. Kini, gambar yang menunjukkan rupa bentuk Xiaomi 12 Pro telah tertiris dan ia menampilkan bonggol kamera yang agak besar dan tebal.

    Menurut sumber, Xiaomi 12 Pro akan dilengkapi tiga kamera di belakang bersama sensor LiDAR. Bonggol kameranya berada di bahagian atas kiri dan berbentuk petak dengan bucu membulat, agak berbeza berbanding siri Mi 11. Kamera utamanya mempunyai saiz lensa yang paling besar, manakala dua lagi kamera mempunyai saiz yang lebih kecil.

    Sumber turut berkongsi rupa sarung (casing) yang menunjukkan reka bentuk telefon itu dengan lebih terperinci. Di bahagian sisi kanan pula terdapat butang suis dan kawalan audio, manakala di bawah terdapat port USB-C, pembesar suara dan mikrofon. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto dalam lubang punch-hole yang sangat kecil dan sempadan bezel yang sangat nipis di setiap sisi.

    Spesifikasi dalamannya dijangka terdiri daripada bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 120W dan dijual pada harga bermula CNY4,299 (~RM2,850). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki Xiaomi 12 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured