More

    Pandangan pertama HUAWEI P50 Pro: Telefon “flagship” dengan bentuk kamera yang unik!

    HUAWEI Malaysia bakal melancarkan telefon pintar andalan HUAWEI P50 Pro tidak lama lagi dan kami telah pun diberi peluang awal untuk menggunakan telefon tersebut. Seperti yang anda boleh jangkakan untuk sebuah telefon HUAWEI P, telefon ini mempunyai reka bentuk premium yang pasti akan menarik perhatian orang lain.

    Sekali pandang, HUAWEI P50 Pro mempunyai permukaan belakang yang sangat berkilauan mirip cermin. Ini juga bermaksud cap jari anda boleh melekat dengan mudah, namun perkara tersebut boleh diselesaikan dengan menggunakan sarung (casing). Warna yang telah dipinjamkan kepada kami adalah emas Cocoa Gold dan ia memang nampak sangat mewah.

    Permukaan belakang HUAWEI P50 Pro yang sangat berkilauan
    Bonggol kamera HUAWEI P50 Pro yang terdiri daripada dua bulatan

    HUAWEI P50 Pro juga mempunyai bonggol kamera yang sangat unik, di mana ia terdiri daripada dua bulatan besar berwarna hitam yang menempatkan tiga kamera di bulatan atas dan satu kamera di bulatan bawah. Pada pendapat saya, bentuk bonggol kamera bulat ini adalah lebih menarik berbanding bentuk petak dalam HUAWEI P40 Pro.

    Di hadapan, ia mempunyai skrin OLED berukuran 6.6 inci yang melengkung (curved) di bahagian sisi. Warna yang dihasilkan dalam skrin ini adalah sangat terang manakala dengan kadar segar semula 120Hz Dynamic, sebarang aplikasi boleh digunakan dengan lancar. Pengimbas cap jari dalam skrin ini juga berfungsi dengan pantas untuk membuka skrin.

    Satu lagi perkara menarik tentang skrin HUAWEI P50 Pro adalah ia kini mempunyai kamera swafoto dalam lubang punch-hole kecil sahaja. Ini adalah penambahbaikan yang amat dialu-alukan, terutamanya daripada kamera swafoto berbentuk pil dalam skrin HUAWEI P40 Pro. Sempadan bezel yang sangat nipis di semua bahagian pula meningkatkan lagi pengalaman tontonan media dalam skrin ini.

    Skrin OLED 6.6 inci dengan sisi melengkung
    Kamera swafoto dalam lubang punch-hole kecil
    Kotak HUAWEI P50 Pro

    Daripada segi audio pula, HUAWEI P50 Pro mempunyai pembesar suara stereo dan kualiti audio yang dihasilkan sangat jelas dan kuat, seperti yang anda boleh jangkakan untuk telefon andalan. 

    Setakat ini kami masih belum mencuba kamera serta prestasi telefon ini sepenuhnya, jadi kami akan komen tentangnya dalam ulasan penuh nanti. HUAWEI P50 Pro mempunyai fungsi fotografi yang sangat menarik, seperti zum digital sehingga 200x, teknologi XD Fusion Pro Super HDR, mod True-Focus Fast Capture dan banyak lagi. Selain itu, kameranya juga boleh merakam video 4K dengan penstabilan AI Image Stabilisation (AIS) Pro True Steady.

    Jadi, pastikan anda ikuti kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk ulasan penuh HUAWEI P50 Pro nanti.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured