More

    Sony PlayStation 5 hadir dengan sarung dan DualSense pelbagai warna baharu

    Sony hari ini mengumumkan barisan sarung dengan pelbagai warna pertamanya untuk PlayStation 5. Syarikat itu juga mengumumkan tiga warna baharu untuk pengawal kawalan (joystick) DualSense. Sarung konsol hadir dalam lima warna baharu iaitu Nova Pink, Starlight Blue, Galactic Purple, Cosmic Red dan Midnight Black.

    Sarung ini perlu dibeli secara berasingan. Pemakaian sarung ini sangat mudah kerana ia direka khas untuk PS5 dan tanpa memerlukan sebarang alat pemasangan. Tetapi, anda perlu menanggalkan sarung untuk mengakses kepada slot SSD bagi pengembangan storan.

    Untuk memadankan sarung baharunya itu, Sony juga telah melancarkan joystick DualSense yang tersedia dalam warna Nova Pink, Starlight Blue dan Galactic Purple. Ianya akan menyertai varian yang tersedia sebelum ini iaitu warna Cosmic Red dan Midnight Black yang dilancarkan pada bulan Mei lalu.

    Bersama-sama dengan joystick putih standard, anda kini mempunyai enam pilihan warna yang tersedia. Sarung hitam dan merah akan tersedia pada Januari 2022 di Malaysia dan sarung berwarna merah jambu, ungu dan biru akan tersedia dalam tempoh penggal pertama 2022. Sementara itu, warna joystick DualSense baharu akan tersedia pada Januari 2022.

    Kami masih belum menerima maklumat tentang harganya pada ketika ini. Adakah anda bakal membeli sarung dan DualSense baharu ini? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: PlayStation.Blog

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured