Intel Corp. membelanjakan $7 bilion (~RM30 bilion) untuk membina kemudahan pembuatan cip baharu di Malaysia menjadikan negara ini sebagai tempat pelaburan utama Asia. Ia adalah bertujuan untuk menangani kekurangan semikonduktor pada peringkat global endemik.
Intel berhasrat untuk melabur 30 bilion ringgit bagi meningkatkan keupayaan pembuatan cip termajunya di Pulau Pinang. Pada masa yang sama, pemain industri global yang kurang melabur selama bertahun-tahun dan lonjakan permintaan untuk peranti pengkomputeran telah mewujudkan kekurangan semikonduktor yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Komponen yang diperlukan termasuklah daripada segi pengeluaran kereta hingga telefon pintar. Dengan pengumuman ini, Ceo Intel menyatakan hasratnya untuk menjadi pendahulu dalam pasaran pengeluaran semikonduktor mengalahkan pesaingnya iaitu TSMC.
Diharapkan pelaburan ini membantu menaikkan status ekonomi negara dan Intel dapat memenuhi penawaran dan permintaan dalam industri pembuatan cip. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Bloomberg







