More

    OPPO lancarkan cermin mata pintar Air Glass, bakal dijual pada suku pertama 2022

    Dalam hari pertama untuk acara OPPO Inno Day pada hari ini, OPPO telah melancarkan sebuah kaca mata pintar iaitu OPPO Air Glass. Cermin mata ini dilengkapi cipset Snapdragon Wear 4100 Platfrorm, antena Wi-Fi dan Bluetooth, mikrofon, pembesar suara, touch bar dan projektor kecil.

    Kaca dalam peranti ini boleh memaparkan pelbagai informasi seperti cuaca, waktu, arah perjalanan, penterjemahan, transkripsi percakapan dan notifikasi daripada telefon pintar. Informasi tersebut dipancarkan dengan projektor Spark Micro Projector yang bersaiz 10mm sahaja dan menggunakan teknologi Micro LED untuk memaparkan imej pada kaca mata. Ia akan memaparkan imej dalam resolusi 640×480.

    Baterinya boleh bertahan selama 40 jam dalam mod standby dan 3 jam untuk penggunaan berterusan. Untuk mengawal fungsi dalam cermin mata ini, ia boleh mengesan gerakan kepala (head control) seperti mengangguk dan menggeleng, serta membaca gerakan tangan jika ia dihubungkan dengan OPPO Watch 2.

    OPPO Air Glass akan mula dijual di China pada suku pertama 2022.

    Selain peranti boleh pakai itu, OPPO turut mengumumkan sebuah cip unit pemproses neural (NPU) baharu yang menawarkan teknologi seterusnya untuk fotografi telefon pintar iaitu MariSilicon X. Ia akan dibina dengan nod proses 6nm dan boleh menghasilkan kelajuan pemprosesan sebanyak 18 TOPS.

    OPPO mengatakan cipset ini boleh berfungsi dengan lebih pantas sebanyak 20 kali berbanding OPPO Find X3 Pro, sambil menjimatkan tenaga sebanyak 50%. Selain itu, ia juga dilengkapi pemproses signal imej (ISP) terbaru oleh OPPO yang boleh merakam video 4K Ultra HDR dalam 20 bit dengan dynamic range seluas 20 stops.

    NPU ini bakal diperkenalkan dalam telefon pintar OPPO Find X seterusnya yang akan dilancar pada suku pertama 2022.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki OPPO Air Glass atau telefon dengan MariSilicon X, dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured