More

    Apple lancarkan aplikasi baharu untuk benarkan pengguna Android berhubung dengan AirTag

    Apple telah melancarkan aplikasi baharu bernama Tracker Detect yang membenarkan pengguna Android untuk menghubungkan telefon mereka dengan alat penjejak (tracker) Apple AirTag atau sebarang objek yang dihubungkan dalam rangkaian Find My. Ia kini boleh dimuat turun dalam Google Play Store.

    Aplikasi ini sekadar membolehkan pengguna Android untuk mencari AirTag yang telah dipisahkan daripada pemilik asal selepas tempoh tertentu. Sebaik sahaja aplikasi Tracker Detect boleh mencari AirTag yang tidak dikenali, ia akan dipaparkan sebagai “Unknown AirTag” dan aplikasi itu boleh mengarahkan AirTag untuk menghasilkan bunyi bagi memudahkan pengguna untuk mencarinya.

    Tracker Detect juga akan membantu pengguna untuk mencari pemilik asal AirTag tersebut. Secara asasnya, aplikasi ini hanya bertujuan untuk membantu pengguna Android mencari AirTag yang sudah hilang.

    Malang sekali, ini masih tidak bermakna pengguna Android boleh menggunakan AirTag sebagai alat penjejak. Ini adalah kerana AirTag masih memerlukan pemiliknya untuk memiliki Apple ID dan peranti Apple.

    Adakah anda berminat untuk menggunakan aplikasi ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured