More

    IBM dan Samsung hasilkan cipset telefon yang mampu optimumkan bateri selama seminggu

    IBM dan Samsung telah mengumumkan kemajuan terbaru mereka dalam reka bentuk semikonduktor. Ciri baharu ini menyusun transistor secara menegak pada cip bukannya berbaring rata pada permukaan semikonduktor (seperti sebelum ini).

    Reka bentuk Vertical Transport Field Effect Transistors (VTFET) terbaharu bertujuan untuk menjayakan teknologi FinFET semasa yang digunakan untuk beberapa cip tercanggih masa kini dan membenarkan cip yang lebih padat dengan transistor.

    Pada dasarnya, reka bentuk baharu akan menyusun transistor secara menegak yang membenarkan arus mengalir ke atas dan ke bawah tindanan transistor dan bukannya susun atur mendatar sisi ke sisi yang kini digunakan pada kebanyakan cip. Reka bentuk menegak untuk semikonduktor telah menjadi trend waktu ini.

    Walaupun mereka masih jauh daripada reka bentuk VTFET yang digunakan dalam cip pengguna sebenar, kedua-dua syarikat itu menyatakan bahawa cip VTFET boleh menawarkan dua kali ganda peningkatan dalam prestasi atau pengurangan 85 peratus dalam penggunaan tenaga berbanding kepada reka bentuk FinFET.

    Dengan meletakkan lebih banyak transistor ke dalam cip, IBM dan Samsung mendakwa bahawa teknologi VTFET boleh membantu mengekal dan meningkatkan kuasa yang secukupnya. IBM dan Samsung juga ingin menghasilkan teknologi baharu dan bercadang untuk menghasilkan bateri telefon yang boleh bertahan selama seminggu tanpa dicas.

    IBM sebelum ini telah menunjukkan cip 2nm pertamanya awal tahun ini yang meletakkan lebih banyak transistor dengan meningkatkan jumlah kuasa yang boleh dimuatkan pada cip menggunakan reka bentuk FinFET.

    Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured