More

    Samsung M33 5G muncul di penyenaraian Safety Korea, miliki bateri 6,000mAh

    Beberapa bulan yang lalu, Samsung Malaysia telah melancarkan Samsung Galaxy M32 5G dengan harga RM1,099. Kini, kami menjangka Samsung akan melancarkan Samsung Galaxy M33 5G (SM-M336B) tidak lama lagi dan ia telah diperakui oleh Safety Korea.

    Galaxy M33 5G merupakan telefon pintar peringkat permulaan yang akan dikuasakan oleh model bateri EB-BM336ABN 6,000mAh. Ia akan menggunakan One UI 4.0 berdasarkan Android 12. Daripada segi reka bentuk, ia mungkin disertakan dengan kemasan belakang plastik, paparan takuk titisan air (drop notch) dan empat kamera belakang. 

    Peranti itu mungkin menggunakan cipset MediaTek Dimensity 720, RAM 6GB, kamera swafoto 13MP dan kamera belakang 64MP. Namun, ini hanyalah pendedahan awal yang mungkin terdapat perubahan menjelang pelancaran peranti tidak lama lagi.

    Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNaveEn

     

    Artikel Terkini

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured