More

    OnePlus lancarkan Buds Z2: Dilengkapi ANC dan bateri 520mAh tahan sehingga 7 jam berharga ~RM420

    OnePlus telah mengumumkan pengganti kepada fon wayarles bajetnya tahun lepas iaitu Buds Z. Walaupun Buds Z2 kelihatan sama seperti Buds Z, ia menawarkan peningkatan yang ketara iaitu ciri pembatalan hingar aktif. OnePlus menjanjikan fon wayarlesnya kali ini mempunyai ciri ANC dan hayat bateri yang lebih lama.

    Ia mempunyai ketahanan bateri selama 5 jam main balik tanpa henti dengan ANC dihidupkan atau 7 jam tanpa ANC. Itulah tahap ketahanan bateri 40mAh yang terbina di dalam setiap fon wayarlesnya. Sarung pengecasnya memuatkan bateri berkapasiti 520mAh dan pengecasan melalui USB-C.

    Sarung itu membekalkan 5 jam main balik dengan pengecasan 10 minit sahaja. Mod ketelusan (transparency) juga tersedia pada fon wayarles ini. Selain itu, ia mempunyai pemacu dinamik 11mm yang sama terdapat dalam Buds Pro. Buds Z2 menawarkan integrasi yang lebih baik dengan telefon buatan OnePlus.

    Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan jenama yang berbeza, anda boleh mengubah tetapan dengan menggunakan aplikasi HeyMelody. Harga Buds Z2 ialah $99 (~RM420) dengan satu-satunya pilihan warna yang tersedia iaitu Pearl White. Warna Obsidian Black akan tersedia pada tahun hadapan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured