More

    realme mungkin antara jenama terawal lancarkan telefon dengan MediaTek Dimensity 9000

    Syarikat semikonduktor dari Taiwan, MediaTek, telah mengumumkan cipset andalan untuk telefon pintar 2022 iaitu MediaTek Dimensity 9000 pada bulan lalu. Beberapa jenama telefon utama telah pun mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan peranti dengan cipset tersebut, termasuklah OPPO, Redmi, HONOR dan vivo.

    Kini sebuah lagi jenama telefon popular mengumumkan bahawa mereka mungkin akan melancarkan peranti yang dilengkapi cipset Dimensity 9000 iaitu realme. Berita tersebut telah diacah oleh eksekutif realme di laman media sosial Weibo.

    Sebelum ini, realme telah melancarkan beberapa telefon yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1200, jadi tidak menghairankan jika realme ingin menggunakan Dimensity 9000 untuk peranti seterusnya. Ia mungkin akan dilengkapi dalam siri realme GT 2, iaitu siri telefon andalan realme yang sebelum ini dilengkapi spesifikasi tercanggih.

    Adakah anda berminat dengan telefon realme yang dilengkapi Dimensity 9000? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MyDrivers

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured