More

    Cara untuk mengaktifkan mod Fokus dalam iOS 15 di peranti Apple

    Apple sentiasa membangunkan peranti dan ciri yang dapat membantu dalam kehidupan seharian. Dengan ini, pengguna boleh meminimumkan gangguan dengan mod fokus serba baharu dalam iOS 15 (turut terdapat di Mac, iPad dan Apple Watch). 

    Ciri fokus iPhone baharu adalah Do Not Disturb dan membawa lebih banyak fleksibiliti, kawalan, automasi untuk anda melakukan tugasan dengan lebih fokus. Tidak kira di mana-mana sahaja seperti bersenam, tidur dan memandu, anda boleh menetapkan filter pemberitahuan, panggilan, mesej dan autobalas kepada orang lain. 

    Mungkin bagi sesetengah orang, ia kelihatan agak leceh. Kini, anda boleh menetapkan mod fokus di bar status untuk lebih mudah. Untuk memasukkan ikon tertentu ke dalam bar status anda, anda perlu kemas kini ke iOS 15 pada peanti Apple anda. Berikut merupakan langkah untuk menetapkan ikon fokus ke bar status:

    • Pergi ke Tetapan (Settings)
    • Tatal ke bawah dan klik Fokus
    • Klik (+) di bahagian atas sebelah kanan
    • Klik Tersuai (Custom)
    • Pilih ikon pilihan anda
    • Namakan ‘Fokus’ anda
    • Pilih orang yang boleh menghantar pemberitahuan kepada anda 
    • Pilih aplikasi yang boleh menghantar pemberitahuan kepada anda
    • Klik Selesai (Done)
    • Klik suis untuk mengaktifkan mod Fokus

    Anda juga boleh menyesuaikan Fokus dengan lebih terperinci. Klik pada Skrin Utama (Home Screen), kemudian klik pada Pilihan (Options). Di sini, anda boleh mengaktifkan/ mematikan status Fokus secara automatik berdasarkan jadual, lokasi, penggunaan aplikasi atau melalui “Smart Activation”.

    Akan tetapi, mod Fokus masih belum tersedia melalui sokongan Siri. Dengan ini, kami pasti anda boleh menumpukan perhatian sepenuhnya dalam tugasan anda dengan pengaktifan Fokus. Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured