fbpx
More

    realme GT 2 adalah telefon pertama dilengkapi kamera dengan sudut penglihatan 150°

    Baru-baru ini, realme telah menganjurkan acara realme GT 2 Series Special Event yang memaparkan beberapa teknologi baharu daripada syarikat elektronik China itu untuk siri telefon pintar yang seterusnya, realme GT 2.

    Teknologi paling menarik yang akan diperkenalkan dalam realme GT 2 Pro adalah kamera ultra-lebar dengan sudut penglihatan seluas 150°, iaitu sudut paling besar dalam kamera telefon pintar setakat ini. Sudut ini adalah jauh lebih luas berbanding kebanyakan kamera ultra-lebar yang mempunyai sudut penglihatan sekitar 120° sahaja.

    Selain itu, realme GT 2 Pro bakal dilengkapi beberapa teknologi komunikasi terbaru seperti teknologi penukaran antena band ultra-lebar (ultra-wide-band antenna switching) HyperSmart, Wi-Fi Enhancer dan medan NFC seluas 360°. Ketiga-tiga teknologi ini bertujuan untuk mendapatkan signal terkuat daripada seluruh bahagian telefon.

    Daripada segi rekaan pula, realme kembali menggunakan rekaan daripada Naoto Fukasawa dengan falsafah “Paper Tech Master Design”, iaitu telefon pertama yang bakal dibina dengan material semula jadi (bio-based materials).

    Tiada maklumat mengenai spesifikasi realme GT 2 telah diberikan oleh realme. Memandangkan realme GT dilengkapi cipset Snapdragon 888 pada tahun lepas, kita boleh jangkakan bahawa realme GT 2 mungkin akan dilengkapi Snapdragon 8 Gen 1.

    Adakah anda berminat dengan telefon ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Rapid Rail rekodkan lebih 1 juta penumpang untuk satu hari, tertinggi dalam sejarah!

    Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) hari ini mengumumkan peristiwa penting dalam pengangkutan awam Malaysia di mana penumpang laluan kereta apinya merekodkan...

    TikTok mungkin hasilkan algoritma klon khas untuk pengguna di AS

    Jika anda mengikuti perkembangan isu TikTok dan Amerika Syarikat, anda mungkin tahu bahawa TikTok menghadapi larangan kekal atau perlu dijual. TikTok telah...

    Penyelidik China hasilkan cip yang boleh tiru sistem visual manusia untuk pemanduan autonomi

    Penyelidik China telah membuat lonjakan ketara dalam teknologi cip yang diilhamkan oleh otak manusia dengan Tianmoc. Cip baharu ini dilancarkan oleh Universiti...

    ChargeSini diintegrasi dalam aplikasi Hello smart, mudahkan pengguna cari stesen pengecasan di Malaysia

    Proton New Energy Technology (PRO-NET), peneraju dalam sektor kenderaan elektrik (EV) telah menandatangani perjanjian untuk mengembangkan rangkaian pengecasan EV bersama ChargeSini. Kerjasama...

    HUAWEI atasi Samsung dalam pasaran telefon boleh lipat di dunia

    HUAWEI telah mengatasi Samsung untuk menjadi jenama telefon pintar boleh lipat paling laris di dunia pada suku pertama 2024. Ini adalah kali...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X